Lelaki Maut Selepas Telan Ubat Pembersih Akuarium Untuk Cegah Coronavirus

Seorang lelaki dari Arizona maut selepas menelan klorin fosfat–mempercayai bahan itu akan dapat melindungi dirinya dari dijangkiti coronavirus. Isteri lelaki itu juga menelan bahan tersebut dan kini dalam keadaaan kritikal.

Bahan toksik itu ditelan bukanlah bentuk ubatan bagi chloroquine, yang digunakan untuk merawat jangkitan malaria pada manusia. Sebaliknya, ia sejenis bahan yang disenaraikan sebagai rawatan parasit untuk ikan dan diketahui sebagai ubat pembersih akuarium.

Isteri lelaki itu memberitahu NBC dia telah menonton taklimat Presiden Trump melalui televisyen di mana Trump bercakap mengenai potensi berfaedah chloroquine. Walaupun masih belum ada ubat yang diluluskan untuk mencegah atau mengubati COVID-19, penyakit yang disebabkan oleh coronavirus, beberapa kajian awal menyatakan ia mungkin boleh digunakan sebagai terapi.

Kami takut dijangkiti COVID-19.

Nama ‘chloroquine‘ diingati oleh isteri lelaki itu, yang enggan namanya diterbitkan untuk menjaga privasi ahli keluarganya. Sebelum ini dia pernah menggunakannya untuk merawat ikan koi miliknya.

Saya nampak bahan itu di rak belakang dan fikir, ‘hei, bukankah itu bahan yang mereka sebut dalam TV?

Pasangan itu—keduanya berusia 60-an, dan berpotensi punya risiko tinggi mendapat komplikasi dari virus itu–memutuskan untuk mencampurkan sedikit amaun bahan itu dengan air dan meminumnya untuk mencegah coronavirus. Katanya:

Kami takut jatuh sakit.

Hanya dalam masa 20 minit, mereka berdua sakit teruk, dimulai dengan rasa berpinar dan panas.

Saya mula muntah. Suami saya sukar bernafas dan mahu pegang tangan saya.

Isteri itu menghubungi 911. Penjawab panggilan kecemasan ‘bertanya mereka banyak soalan’ mengenai apakah yang telah mereka telan.

Sukar untuk saya beri penjelasan. Saya hampir tidak sedarkan diri.

Tidak lama setelah sampai ke hospital, suaminya meninggal dunia. –amazingnara.com via NBC News

Comments

comments