Lelaki Menyamar Jadi Wakil Syarikat Keselamatan ‘Rembat’ RM200,000

Seorang lelaki difahamkan telah menyamar menjadi wakil syarikat keselamatan untuk mengutip wang hasil jualan kedua-dua pasaraya yang terletak di Intermark dan Midvalley.

Susulan kejadian, dua pasaraya itu kini khabarnya menghadapi kerugian hampir RM200,000 selepas diperdaya jejaka tersebut.

Hasil rakaman kamera litar tertutup (cctv) di salah satu pasaraya itu mendapati, suspek yang memakai baju syarikat keselamatan itu dilihat mahir dengan selok belok prosedur pemindahan wang sehingga mangsa tertipu.

Advertisement

Meskipun begitu, selepas siasatan dari rakaman cctv di lokasi kejadian, pihak polis sahkan pihaknya telah berjaya menjejaki suspek dan diberkas pada pagi semalam.

Lebih mengejutkan, wang tunai berjumlah RM200,000 itu juga turut ditemui di dalam but keretanya.

SIasatan lanjut mendapati, suspek pernah bekerja di syarikat keselamatan yang sama sebelum dibuang kerja pada bulan September tahun lepas.

Comments

comments