Lelaki Nigeria Mangga Mulut Anak Sendiri Sambil Belasah Anak Itu Hingga Mati

Di Nigeria, seorang bapa ditahan selepas dia dikatakan menggunakan mangga kunci untuk mengunci mulut anaknya supaya anak itu berhenti menjerit dalam pada dia membelasah anak itu hingga mati.

article-2567357-1BD077CF00000578-813_306x351

Chris Elvis, 30, dikatakan menuduh anak lelakinya yang berusia empat tahun, Godrich, sebagai ‘Ogbanje’ atau ‘anak syaitan’ dan menyalahkan kanak-kanak itu untuk nasib malang yang menimpanya baru-baru ini.

Lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, membelasah anaknya dan membakar keseluruhan badan kanak-kanak itu dengan seterika panas dan mengurung anaknya dalam tong dram plastik, menurut dokumen mahkamah.

Advertisement

Ibu kepada anak yang dibunuh secara mengerikan itu melaporkan kepada polis setelah pulang dari pasar dan menemui mayat anaknya.

Elvis cuba untuk berpura-pura menghidap sakit mental apabila ditahan, bagaimanapun, pihak berwajib mengatakan lelaki itu sebenarnya normal.

Lelaki itu kini ditahan reman atas pertuduhan membunuh dan boleh dihukum di bawah Seksyen 221 Kanun Jenayah Negeri Lagos, Nigeria.

Laporan asal: Dailymail UK

Comments