Lelaki Sangka Sampah Yang Dibuang Dari Tingkat Dua, Rupanya Anak Kucing

Kucing adalah haiwan yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Walaupun kucing menjadi teman kesayangan manusia mereka juga menjadi mangsa penderaan.

Mendera binatang boleh menjadi secara langsung atau fizikal di mana ia pernah dilaporkan seperti memberi racun, mencurah air panas dan memukul haiwan.

Tetapi sebagai manusia yang mempunyai hati dan naluri, kita tak sanggup lihat kucing mati di depan mata kerana ia amat menyedihkan, inikan pula nak mendera haiwan.

Paling menyayat hati apabila kucing tersebut mati dalam keadaan yang mengerikan. Ini telah dikongsikan oleh seorang pemuda yang melihat sendiri detik-detik terakhir seekor anak kucing bertarung nyawa untuk hidup akibat perbuatan kejam manusia.

Advertisement

Menurut pemuda ini, pada mulanya beliau melihat sesuatu jatuh di laluan motosikal di pangsapuri rumahnya.

Tetapi tidak menyangka bahawa itu adalah seekor anak kucing sehingga beliau turun ke bawah dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat.

Ketika mahu keluar saya lihat terdapat dua orang kanak-kanak lelaki sedang bermain.

Ingatkan lampin pakai buang bayi, tetapi bila dilihat, terkejutnya sebab ia adalah seekor anak kucing.

Dia kemudian mengangkat anak kucing itu dan meletakkan di tepi laluan berkenaan.

Beliau terus bergegas ke tingkat dua untuk bertemu dengan dua budak lelaki yang dilihat tadi kerana mengesyaki kanak-kanak ini mempunyai kaitan dengan kejadian ini.

Apabila menghampiri mereka, saya terus bertanya apa yang sudah mereka lakukan, tapi tidaklah saya marah.

Mereka sebaliknya hanya diam sahaja dan seperti takut. Saya tidak tahu sama ada mereka sengaja baling, atau terbaling. Saya membawa salah seorang daripada mereka bertemu dengan ibunya.

Saya sekadar memberitahu kepada ibu mereka dan kemudian terus berlalu pergi ke masjid kerana takut lambat.

Menurut pemuda ini, tujuan beliau memasukkan video ini kerana mahu menyampaikan mesej supaya ibu bapa memupuk sifat cintakan haiwan dalam diri anak-anak mereka sejak kecil lagi.

Perkongsian video lelaki ini telah mendapat perhatian netizen yang menyifatkan perbuatan kanak-kanak ini sangat kejam. Mereka turut menyatakan bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membimbing anak-anak mereka.

Sifat dera haiwan akan buat kanak-kanak jadi kejam

Kanak-kanak dera kucingIbu bapa perlu didik anak-anak
mak bapak pukimak

Admin tengok video ini, rasa nak menitik air mata sebab tahu kesakitan anak kucing ini.

Semoga ibu bapa di luar sana dapat mengajar anak-anak untuk lebih menyayangi haiwan.

 

Sumber: Twitter

Comments

comments