Lelaki Tak Puas Hati Dengan Apple, Punca Dia Jadi Songsang

Rata-rata ramai orang zaman sekarang berani menfailkan saman keatas sesuatu perkara yang berlaku pada diri mereka yang nampak serius atau kadang-kala perkara remah sahaja.

Tetapi itulah kenyataan yang berlaku pada zaman sekarang. Ini juga turut berlaku di Moscow, Russia apabila seorang pemuda menfailkan saman sebanyak 1 juta ruble (RM62,917) kepada syarikat Apple selepas mendakwa aplikasi iPhone telah membuatkan beliau menjadi gay.

Menurut The Telegraph, lelaki ini telah menfailkan saman di sebuah makhamah di Moscow selepas dikatakan beliau tersalah menerima mata kripto ‘Gaycoin’ melalui salah satu aplikasi dalam iPhone miliknya.

Kerana Gaycoin ini beliau telah mengubah orientasi seks beliau kepada gay selepas beliau membaca notifikasi bertulis ‘jangan nilai sehingga anda cuba’.
gay coin

Nota ini telah memainkan emosinya dan perasaan ingin tahu membuak-buak tentang mata wang ini.

Advertisement

Macam mana nak nilai sesuatu jika tak cuba?

Untuk mendapatkan kepastian tentang kebenaran sebenar, beliau lakukan hubungan sejenis sehingga mempunyai teman lelaki.

Peguam lelaki ini mengatakan bahawa kes ini sangat serius kerana mata wang yang diterimanya itu menyababkan kehidupan anak guamnya berubah dan sentiasa merana sejak musim panas lepas.

Hidup saya berubah menjadi teruk dan tak akan kembali normal.

Beliau turut meluahkan perasaan kecewa terhadap dirinya serta menyatakan perlakuan tersebut membuatkan beliau malu untuk memaklumkan kepada ibu bapanya.

Apple

Pendakwaan beliau dibuat selepas Apple seolah mendorong dirinya untuk terlibat dengan aktiviti homoseksual.

Saman ini telah difailkan pada 20 September lalu dan pendengaran kes dijadualkan akan berlaku pada 17 Oktober ini.

Uish, ada juga kes macam ini pada zaman sekarang. Apa pendapat korang?

 

Sumber: The Telegraph

 

 

Comments

comments