Lelaki Terjumpa Terowong Berusia 120 Tahun Di Bawah Rumah Semasa Kuarantin

Gambar Hiasan

Tempoh kuarantin untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 jelas memakan masa yang sangat lama. Oleh itu, tentu saja banyak perkara yang boleh kita dilakukan di rumah.

Sama ceritanya kali ini, seorang lelaki Jake Brown telah menggunakan waktu kuarantin ini sebaik mungkin dengan melakukan beberapa tugas di rumah barunya. Namun, sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia telah menemukan sebuah terowong rahsia di kawasan rumah tersebut.

Dia mempercayai bahawa terowong itu telah berusia 120 tahun.

Difahamkan, pada mulanya dia hanya menyedari bahawa terdapat sebuah dinding yang mempunyai struktur berbeza di dalam rumah tersebut. Namun, setelah membuat pemeriksaan yang lebih jauh dan membuka dinding itu, dia menyedari ruangan itu lebih besar dari yang dia jangkakan.

Terowong rahsia

Advertisement

Gua ini mempunyai banyak sampah dari era lain, jadi saya masuk ke dalam untuk menjelajah dan melihat lebih dekat.

Menariknya, dia telah berjaya menjumpai banyak barang-barang lama termasuk tin cat dan sebuah surat khabar yang membuktikan terowong itu telah disekat selama lebih dari 50 tahun di kawasan Plymouth Herald, England.

Dia juga menemui bukti pada botol bahawa terowong itu berasal dari awal tahun 1900-an.

Barang lama Berusia 1900-an Tin lama tahun 1900-an Barang lama berusia 1900-an

Sejarawan tempatan menerangkan bahawa seluruh daerah England sebelumnya bukit besar adalah sangat jelas. Mereka juga mempercayai bahawa ruang ini telah digali sejak dulu lagi, kemudian rumah-rumah dibangun ke dalam lubang tersebut untuk menghasilkan ruangan bawah tanah.

Sumber

Comments