Lelaki Terkejut Beli Epal Dekat Pasar Raya Tapi Dapat iPhone Sekali!

Pasti setiap orang mempunyai pengalaman sewaktu membuat pembelian secara online. Ada kalanya pembelian yang dilakukan betul sesuai dengan senarai barangan yang diberikan namun ada juga yang salah. Hal itu akan membuatkan pembeli akan kecewa kerana kecuaian daripada penjual kerana memberi barang yang salah.

Namun, perkara seperti itu tidak berlaku kepada seorang lelaki yang berada di United Kingdom. Nick James, 50, membuat pembelian ‘click and collect’ di sebuah pasar raya dan salah satu barangan yang dibeli ialah buah epal, lapor India Today. 

Gambar Hiasan

Namun, apabila dia datang ke pasar raya berkenaan untuk mengambil pesanannya, didapati bukan sahaja buah epal yang berada di dalam bungkusan malah dia terkejut apabila melihat satu kotak iPhone SE di dalam bungkusan itu.

Advertisement

Pada awalnya dia kelihatan bingung kerana mendapati terdapat sebuah kotak telefon bimbit jenama iPhone di dalam bungkusan barangannya. Demi kepastian, dia memeriksa bil kredit pembayaran yang ditolak selepas dia membuat pembelian, dia yakin yang dia hanya membuat pembayaran untuk barangan yang dibelinya sahaja.

Rupanya iPhone SE itu merupakan hadiah daripada pihak pasar raya kerana pada ketika itu pihak pasar raya sedang melakukan strategi pemasaran dengan memberikan beberapa hadiah seperti iPhone SE dan Samsung Galaxy Tab A7 kepada pemenang secara random.

James mengucapkan terima kasih kepada pihak pasar raya kerana dia menjadi orang yang terpilih sebagai penerima hadiah tersebut.

Sumber

Comments

comments