Letak Minyak Brek Pada Gigi Sakit, Pipi Lelaki Berlubang, Terpaksa Dirawat Di ICU

8579

Gara-gara tidak mahu berjumpa dengan doktor gigi walaupun menanggung sakit gigi, seorang lelaki menitiskan minyak brek pada giginya kerana mengikut petua. Tindakan itu ternyata mengundang padah apabila mukanya menjadi bengkak hingga tidak dapat membuka mata.

Lelaki ini dikhabarkan telah bertahun mengalami sakit gigi tetapi enggan berjumpa doktor gigi. Untuk menghilangkan kesakitan yang semakin teruk, dia telah meletakkan minyak brek pada gigi yang sakit.

Selepas empat hari mukanya bengkak dan sehingga dia tidak boleh membuka mata, dia akhirnya mendapatkan rawatan doktor gigi.

Nanah pada giginya terpaksa dikeluarkan sebanyak dua kali di dewan bedah kerana ia keluar dengan melimpah ruah dan berbau sangat busuk. Ia juga menyebabkan jangkitan dekat dengan sistem saraf dan otak. Pesakit terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kerana septic encephalopathy.

Akhirnya gigi yang sakit berjaya dikeluarkan.

Pesakit telah membenarkan gambarnya diedarkan sebagai pengajaran kepada mesyarakat untuk tidak mengamalkan petua sebarangan dan terus berjumpa dengan doktor sekiranya terdapat masalah gigi.

Ada Netizen yang mempersoalkan logik meletakkan minyak brek pada gigi berbanding minyak semulajadi seperti minyak gamat.

Namun doktor menyatakan bahawa seseorang yang terdesak tidak dapat menggunakan logik dengan baik.

Apa pun jika terdapat sebarang masalah gigi, cara terbaik ialah dengan berjumpa dengan yang pakar. Kerana menggunakan petua sebarangan memudaratkan dan akhirnya doktor gigi juga terpaksa menyelesaikan masalah yang timbul. Apa yang lebih  teruk, melengahkan rawatan untuk gigi yang sakit sebenarnya boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Sayangi gigi anda! – amazingnara.com

Comments

comments