Lihat Kafe Yang Sangat ‘Cool’ Ini Untuk Anda Lepak Sambil Main Game Bersama Rakan

955

Setiap kali hujung minggu, mesti ada yang tak tahu nak habiskan masa di mana kan? Takkan asyik nak pergi tempat sama je setiap minggu. Mesti lah bosan! Kalau anda nak tahu, ada satu kafe yang tengah viral di media sosial sekarang ini.

Apa yang menariknya, ini bukan lah sama dengan kafe-kafe lain yang anda pernah pergi. Di kafe We Play Games, anda boleh bermain permainan papan atau board games dengan kawan-kawan. Sambil duduk minum tu, ada pelbagai permainan yang boleh dipilih.

kafe board games
Kredit: We Play Games

Konsep kafe ini membolehkan pengunjung bermain permainan papan yang ada sambil menjamu selera. Ada lebih 300 pilihan permainan yang boleh dipilih. Jadi, jangan risau sebab anda takkan bosan punya.

Dengan bayaran sebanyak RM28, anda boleh mencuba kesemua permainan yang disediakan sambil menikmati pencuci mulut yang juga dijual di sana. Bonusnya, rekaan kafe juga cukup menarik kalau nak buat sambutan hari jadi.

kafe
Kredit: We Play Games
kafe
Kredit: Twitter
kafe
Kredit: Twitter

Selain daripada permainan papan, hidangan pencuci mulut juga turut dijual untuk pengunjung. Kalau tengokkan pada pilihan menu yang ada, memang cukup menarik. Tak payah nak risau kalau rasa lapar masa tengah main game!

kafe
Kredit: We Play Games

we play games
Kredit: We Play Games

Kalau anda dah tak tahu nak lepak di mana pada hujung minggu nanti, boleh lah singgah di kafe yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya ini. Selain itu, mungkin anda berminat nak melawat kafe berkonsepkan komik juga. Untuk tahu lebih lanjut, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Nikmati Pengalaman Seperti Berada Di Dalam Komik Di Kafe Bertemakan 2D Ini

Comments

comments