Lihat Tips Mudah Kembalikan Bahagian Leher T-Shirt Yang Berkedut Dari Pakar Jepun Ini

3007

Selalunya kalau kita beli t-shirt mesti selepas pakai beberapa kali, t-shirt tersebut akan menjadi lusuh dan longgar kan? Akhirnya t-shirt tu buat pakai di rumah saja ataupun dijadikan baju tidur. Penat lah macam ni kan kalau asyik nak kena beli baju baru je.

Selalu yang menjadi masalah pada t-shirt berleher bulat ini apabila bahagian leher tidak lagi tegang selepas dibasuh beberapa kali.

Haaa.. kali ini kami kongsikan tips mudah untuk kembali menegangkan semula bahagian leher t-shirt untuk kelihatan seperti baru dibeli. Seorang pakar dari perkhidmatan dobi Nexcy berkongsikan tips mudah ini dalam sebuah rancangan hiburan Jepun iaitu ZIP!.

Yang mengejutkan, keadaan yang berlaku pada t-shirt ini bukan hanya disebabkan oleh kekerapan memakainya tetapi juga cara menjemur t-shirt selepas membasuhnya.

sehelai tshirt dijemur
Apa yang anda perlukan adalah:

  • Mangkuk yang berisi ais dan air sejuk
  • Seterika
  • Meja atau permukaan yang rata untuk meletakkan t-shirt

Lipat bahagian leher dengan cara seperti ini dan rendamkan di dalam air sejuk.

seorang wanita melipat bahagian leher tshirt
tshirt berwarna biru direndamkan di dalam bekas berisi ais

Perahkan air keluar dari t-shirt. Pastikan lipatan masih lagi terjaga.

sepasang tangan memerah baju yang basah

Kemudian baringkan t-shirt pada permukaan yang rata dan ratakan bahagian leher t-shirt secara vertikal.

sepasang tangan meratakan bahagian tshirt

Seterika bahagian leher untuk ratakannya dengan cara menggosok ke arah atas.

seterika baju berwarna biru
Tip: Jangan seterika sehingga kering, cukup hanya sampai ianya lembap sahaja. Ini bukan untuk keringkan tetapi hanya untuk ratakan sahaja.

Jemur t-shirt pada permukaan rata untuk biarkan ianya kering.

baju dijemur di atas meja

Senang sahaja kan? Selepas siap dikering, inilah hasilnya!

bahagian leher tshirt
bahagian leher tshirt
bahagian leher tshirt
Bahagian leher t-shirt kembali seperti baju baru dibeli. Cara ini sangat mudah, cepat dan tak perlu keluarkan belanja pun sebab semua barang yang digunakan ada di rumah sahaja.

Lepas ni boleh lah kumpulkan semua t-shirt lama anda dan cuba tips mudah ni. Selamat mencuba!

Sumber: SAYS

Comments

comments