Linda Rafar Berang Layanan Buruk Jururawat Terhadap Ibunya

999

Penyanyi dan Pelakon, Linda Rafar meluahkan rasa kesalnya terhadap layanan buruk yang diberikan oleh jururawat, Hospital Shah Alam, Selangor.

Dalam satu posting di Instagramnya, Linda meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap layanan yang diberikan kepada ibunya yang telah ditempatkan di hospital tersebut.

linda-1
 
Linda mendakwa bahawa dia telah meminta jururawat untuk menukarkan cadar yang kotor akibat terkena najis. Dia juga mendakwa bahawa petugas di hospital itu tidak mengendahkan permintaannya dari pukul 3 pagi sehingga pukul 1 petang keesokkan harinya.

Dia juga turut menyelar jururawat itu sebagai seorang yang tidak mempunyai hati dan perasaan kerana sanggup melakukan perkara seperti itu kepada ibunya yang sedang terlantar sakit.

02
 
Dalam pada itu, Linda juga turut memuatnaik posting di Instastorynya bahawa dia bercakap secara baik dengan jururawat yang terlibat tetapi jururawat tersebut bersikap kurang ajar. Dia juga turut menyatakan bahawa jika jururawat terbabit masih berkelakuan kurang ajar dia akan viralkan dan menasihati jururawat terbabit agak tidak memilih profesion sebagai jururawat.

03
 
Linda juga turut memuatnaik gambar sekumpulan jururawat dengan caption “Salam ramai-ramai jururawat yang baik ada jugak yang tiada ada”,

Diharapkan kedua-dua pihak dapat menyelesaikan permasalahan ini secara baik dan rasional agar tidak menimbulkan perkara negatif. -Amazingnara.com

Comments

comments