Lipas Kini Makin Kebal, Sukar Dibunuh Menggunakan Racun Serangga

1982

Lipas antara serangga yang paling digeruni oleh semua orang di dunia. Walaupun mempunyai susuk tubuh kecil, ianya ibarat mimpi buruk bila  muncul di depan kita.

Itu belum lagi kalau lipas mengembangkan sayapnya dan terbang, mereka yang fobia dengan serangga perosak ini pasti akan panik dan lari bertempiaran.

Ada kalanya hampir habis juga sebotol racun serangga semata-mata ingin membunuh lipas.

Kami ada berita yang bakal menjadi ‘mimpi ngeri’ buat mereka yang fobia dengan lipas.

Satu kajian terbaru dari Amerika Syarikat mendapati lipas kini semakin sukar dibunuh dengan racun serangga.

Menurut penyelidikan terbaru University Purdue, lipas Blattella Germanica L, iaitu spesies paling biasa ditemui di seluruh dunia sudah semakin kebal dan mampu membina daya ketahan tinggi terhadap racun serangga.

Malah, lipas ini juga boleh menyalurkan daya tahan berkenaan kepada anak-anaknya. Menjadikan lipas sebagai serangga yang kebal terhadap racun perosak sepenuhnya.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports itu juga mendapati ketahanan lipas semakin meningkat enam kali ganda dalam satu generasi.

Aduhai, seramnya mendengar berita ini. Ngeri betul kalau tidak dapat bunuh lipas. Patutlah sejak kebelakangan ini apabila sembur lipas dengan racun serangga, dia boleh relaks lagi. Amat menakutkan untuk mereka yang fobia dengan lipas. 

Sumber Berita : CNN

Comments

comments