Lokasi Penggambaran Filem Parasite Semakin Mendapat Tarikan Pelancong Selepas Kemenangan Di Oscar

filem parasite

Anugerah Oscar yang berlangsung baru-baru ini berjaya mencipta sejarah yang tersendiri apabila filem dari Korea Selatan iaitu Parasite berjaya diangkat sebagai Filem Terbaik di Anugerah Oscar ke 92. Kemenangan tidak disangka ini sedikit sebanyak memecah prejudis tentang anugerah itu yang sering dianggap menindas karya-karya dari Asia.

Filem Parasite arahan Bong Joon Ho berjaya merangkul empat anugerah antaranya Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Filem Antarabangsa Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. Sejurus kemenangan besar itu, lokasi penggambaran filem ini kembali diserbu pelancong.

Woori Supermarket

filem parasite

Woori Supermarket atau nama asalnya Doijissal Supermarket menjadi lokasi terawal yang muncul di dalam filem. Di dalam filem, supermarket ini menjadi lokasi di mana watak Ki-Woo menerima tawaran menjadi tutor daripada rakannya yang dilakonkan Park Seo Joon.

Advertisement

filem parasite

Hakikatnya, pasar raya yang dimiliki oleh pasangan berusia 70-an ini di mana mereka memberitahu tidak pernah menonton filem sepanjang mengendalikan perniagaan mereka sejak 45 tahun lalu. Tapi sebaik saja filem itu ditayangkan, mereka terus menontonnya di pawagam.

Sky Pizza

sky pizza

Tempat perniagaan pizza yang dikenali sebagai Sky Pizza ini merupakan restoran pizza yang telah beroperasi sejak 17 tahun lagi. Kalau anda nak tahu, pemilik kedai ini sendiri yang telah membantu para pelakon untuk melipat kotak pizza seperti di dalam filem.

Pada bahagian awal filem, Ki-Woo dan keluarganya mendapatkan wang pendapatan dengan mengambil upah melipat kotak pizza dari restoran pizza ini. Restoran pizza ini kembali menjadi tumpuan dan ramai yang berpusu-pusu mencuba sendiri pizza di restoran ini.

Tangga di Jahamun Tunnel

filem parasite

Pasti ramai yang masih ingat lagi babak Ki-Taek sekeluarga berlari keluar daripada rumah keluarga Park selepas rancangan perkelahan mereka dibatalkan saat akhir. Pengarahnya memberitahu dia memilih lokasi ini untuk menunjukkan penurunan kelas sosial yang cuba digambarkan di dalam filem.

Babak keluarga Ki-Taek melarikan diri dari rumah tersebut berlaku dalam suasana hujan yang akhirnya membawa mereka pulang ke rumah sebenar mereka.

Tangga di kawasan perumahan Ki Taek

tangga filem parasite

Tangga ini mungkin nampak biasa saja tapi bagi yang menonton filem ini pastinya akan mengingati babak Ki Jeong membeli buah peach untuk dibawa ke rumah keluarga Park. Tangga ini juga merupakan penghubung di antara rumah dua keluarga ini.

Kalau anda nak tahu, lokasi pengambaran filem Parasite kini menjadi salah satu tarikan pelancong untuk datang ke Korea Selatan. Sehinggakan, pakej ‘Parasite Tour’ antara salah satu pakej pelancongan yang disediakan sebagai salah satu aktiviti pelancongan di sana.

Comments

comments