Lori Yang Membawa Roti Dilaporkan Hilang Di KL Akhirnya Ditemui Di Terengganu

lori roti

Sebuah lori yang membawa bekalan roti Gardenia akhirnya ditemui di tepi jalan berhampiran Masjid Beris Meraga di Kijal, Kemaman kira-kira pukul 8 malam selepas lori tersebut dilaporkan hilang. Lori 3 tan tersebut dijumpai atas hasil bantuan orang ramai yang memaklumkan keberadaan lori tersebut.

Kejadian ini juga telah disahkan sendiri oleh pihak polis manakala laporan polis yang telah dibuat menyatakan bahawa lori tersebut hilang di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada hari tersebut pada pukul 7 pagi.

Pemandu lori menyedari lori tersebut hilang ketika ingin menggunakan lori tersebut untuk mengedar bekalan roti di sekitar Kuala Lumpur. Kemudian pemandu lori bergegas ke Balai Polis Dang Wangi untuk membuat laporan.

roti Gardenia

Sebaik sahaja lori tersebut dijumpai, salah seorang pekerja daripada syarikat roti tersebut telah tampil ke balai polis untuk melaporkan kejadian tersebut. Kes tersebut masih dalam siasatan lanjut oleh pihak polis Dang Wangi mengikut Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Gardenia Bakeries KL (GBKL) lori tersebut dijumpai dalam keadaan yang baik namun segala muatan yang berada dalam lori tersebut akan dilupuskan.

Lori tersebut juga akan dibersihkan dengan bahan pembasmi kuman.

lori roti Gardenia

Walau bagaimanapun, pemandu lori selamat dan didapati tidak mengalami apa-apa kecederaan yang memungkinkan berlakunya kes rompakan atau samun.

Kejadian kehilangan lori roti tersebut masih menjadi tanda tanya ramai pihak. Orang ramai yang mempunyai sebarang info mengenai kejadian ini diminta untuk membantu pihak GBKL.

Sumber

Comments

comments