Lucu, Netizen Terhibur Lihat Reaksi Rakan Kena ‘Prank’

Tiga orang lelaki melakukan prank terhadap rakan mereka

Tidak dinafikan, mesti ramai yang pernah melakukan prank terhadap rakan malahan keluarga anda sendiri bukan? Selalunya, tindakan mengenakan kawan atau keluarga sendiri ini bertujuan hanya hendak bergurau dan dilakukan terhadap orang yang memang rapat dengan kita.

Melakukan prank terhadap rakan atau ahli keluarga ini merupakan hiburan yang seronok, lagi-lagi dengan situasi pandemik yang melanda kita sekarang ini.

Baca: ‘Prank’ Tangan Patah, Netizen Terhibur Lihat Reaksi Rakan

Perkara usik-mengusik ini sudah menjadi asam garam dalam hubungan, tidak kisah lah sesama kawan, keluarga sendiri mahupun pasangan. Mungkin hari ini kita prank mereka, hari lain mereka pula mengenakan kita balik.

Advertisement

Namun, kalau hendak melakukan prank pun kita perlu berwaspada juga supaya tidak menjadi keterlaluan dan melukakan hati orang lain. Cukuplah niat sekadar hendak bergurau, nanti kalau sudah gaduh lain pula ceritanya.

Prank call rakan guna dua telefon berbeza dan biarkan rakan bersembang sesama sendiri

Tular baru-baru ini di laman TikTok, satu perkongsian video yang memaparkan gelagat beberapa orang lelaki sedang berkumpul bersama untuk melakukan prank terhadap rakan mereka.

Mereka bertindak menelefon dua orang rakan mereka menggunakan dua telefon yang berbeza dan meletakkan telefon tersebut berdekatan supaya rakan mereka itu dapat mendengar dan bercakap.

@sihodohcaqir_Memandangkan tiktok delete kita post lagi sekali .? original sound – Ceo of kentang – Sicaqir

Apa yang menjadi tumpuan ramai penonton video tersebut adalah kedua-dua rakan yang di telefon itu tidak mengetahui yang mereka sebenarnya sedang bercakap dengan orang lain dan bukannya tuan telefon sebenar.

Lebih melucukan adalah apabila mereka berdua bertanyakan sesama sendiri apa tujuan menelefon dan kedua-duanya bertegas mengatakan bukan mereka yang menelefon dahulu.

Reaksi rakan-rakan mereka itu membuatkan tiga orang lelaki tersebut terhibur dan ketawa tidak kering gusi.

“Kalau aku yang record, tak boleh tahan dah ni”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 273.6 ribu tontonan, 40.1 ribu like dan 806 komen. Rata-rata netizen berasa sangat terhibur melihat reaksi rakan-rakan tiga orang lelaki tersebut ketika di prank.

Komen netizen tentang reaksi rakan di prank
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian video tersebut – via TikTok

 

Komen netizen tentang reaksi rakan di prank
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian video tersebut – via TikTok

Ramai yang turut sama ketawa ketika melihat video tersebut dan tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan kalau mereka di tempat lelaki yang sedang merakam situasi tersebut, pastinya mereka tidak mampu untuk tahan ketawa dan fokus merakam.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments