Lukisan Paten Ini Berkemungkinan Adalah Reka Bentuk PlayStation 5 Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan

530

Baru-baru ini dikhabarkan reka bentuk terbaru PlayStation 5 tersebar dengan lukisan paten yang dikatakan nampak sangat berbeza dengan peranti pernah dihasilkan sebelum ini. Lukisan paten itu dihasilkan oleh Yusuhiro Ootori, jurutera daripada Sony Interactive Entertainment.

lukisan paten playstation 5
lukisan paten playstation 5
Walaupun masih banyak keraguan mengenai berita itu, Matthew Stott seorang game developer sejak 1992 yang kini bekerja di Codemasters mengesahkannya melalui laman Twitter nya. Menurutnya, lukisan reka bentuk itu sememangnya adalah reka bentuk PlayStation 5 tetapi mungkin tidak untuk console tersebut.

screenshot twitter
Sudah pastinya, tweet beliau itu telah mendapat perhatian yang sangat ramai sehinggakan posting tersebut telah pun dipadamkan. Walaupun tidak dapat dipastikan dipadamkan atas alasan apa. Jika benar ianya adalah development kit,  kebiasaanya development kit sangat berbeza dengan penampilan peranti yang dijual kepada pembeli.

dev kit playstation 4
Development kit PlayStation 4

Tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini mengenai reka bentuk PlayStation 5. Jika benar ini adalah reka bentuknya, ianya memang sangat berbeza daripada PlayStation 4 sebelum ini. PlayStation 5 dijangkakan akan dilancarkan pada tahun 2020.

Sumber: HotHardware

Comments

comments