“Macam-Macam Produk Sihir Dijual Online” , Lelaki Ini Dedahkan Penjualan Minyak Sihir Atas Talian

2659

Sekarang ni memang banyak barang yang dijual secara online sahaja dan ramai yang gemar membeli secara online sebab lebih mudah dan cepat. Boleh katakan semua yang anda mahukan boleh dapat. Kalau nak makan pun boleh order online juga sekarang ni. Memang semua di hujung jari saja lah.

Tetapi dalam banyak-banyak benda pelik yang dijual, percayakah anda ada pihak yang menjual produk sihir secara online? Antara yang dijual ialah minyak pengasih, minyak dagu, minyak pelaris,dan minyak pendinding. Gila betul…

via GIPHY

Antara benda yang aku suka tengok dekat Lazada ialah ilmu sihir online. Macam-macam produk dan cara-cara sihir ada dijual. Mahal weiiii..

Ternyata bila diselidik memang banyak produk macam ini dijual secara berleluasa. Tetapi persoalannya, ada ke yang membeli? Kalau difikirkan semula kalau tiada permintaan tiada lah yang rajin menjual kan?

minyak pengasih
minyak sihir
ilmu kedukunan online
Siapa sangka benda macam ni pun ada dijual secara online zaman sekarang ni. Harganya pun bukannya murah dengan kuantiti sedikit macam itu. Zaman dah maju tapi ada lagi yang percaya benda karut macam ni.

Sumber: Facebook

Comments

comments