Macam Masuk Warzone – Semua Frontliners Pakai PPE. Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan.

Minggu lepas, kami menceritakan kisah seorang individu yang disahkan positif COVID-19. Oleh kerana beliau diklasifikasikan sebagai golongan berisiko rendah, beliau berkuarantin di Pusat Kuarantin di MAEPS Serdang.

BACA : Lelaki Ini Menyangkal Segala Andaian Yang Dibuat Mengenai Tahap Keselesaan di MAEPS

Seorang lagi individu yang digelar Siapa Apit telah memuat naik pengalaman beliau berkuarantin, dari disahkan positif sehinggalah dibawa ke Pusat Kuarantin MAEPS Serdang.

Advertisement

Ini adalah kronologi perkongisan beliau.

Rabu 6 Januari 2021

Rakan beliau hadir ke rumah untuk mengambil barang. Tiada simptom ketika itu.

Khamis 7 Januari 2021 

Rakan yang sama telah menghubunginya untuk memberitahu bahawa pekerja kilang di tempat kerjanya ramai yang disahkan positif COVID-19. Terus buat swab test untuk kepastian.

Jumaat 8 Januari 2021

Keputusan swabtest disahkan positif. Apit pun membuat swabtest untuk kepastian jika beliau juga dijangkiti.

Sabtu 9 Januari 2021

Apit mula mendapat simptom sakit tekak, batuk dan panas badan.

Ahad 10 Januari 2021

Apit ke klinik untuk mendapatkan keputusan swab test dan disahkan positif

Setelah disahkan positif, Apit kemudiannya dimaklumkan untuk menunggu panggilan KKM untuk tindakan lanjut. Buat sementara waktu, beliau diarahkan untuk berkuarantin di rumah.

Dalam tempoh tersebut, Apit diberi ubat demam, batuk dan sakit tekak.

Isteri Apit juga membuat swabtest di PKD Meru. Keputusan boleh dapat dalam masa 2-3 hari. Percuma.

Dalam tempoh berkuarantin, Apit sering mencuba untuk menghubungi KKM dan PKD untuk mengetahui prosedur atau tindakan selanjutnya. Walaupun gagal, dengan jumlah kes yang makin naik, ini adalah sesuatu yang normal.

Hari ke-4, beliau mendapat panggilan dari PKD Klang dan disuruh bersiap sedia untuk ke pusat kuarantin di MAEPS. Jam 3 petang, tapi waktu tu juga, keputusan swabtest isteri masih belum diketahui. 

Dalam ambulans ada 4 orang pesakit lain. Ada yang dihantar ke Sg Buloh. Dengan penat dan lapar, sampai MAEPS dalam jam 9.30 malam. Dah macam rombongan sambil belajar dah ni.

Masuk saja MAEPS, dah rasa macam warzone. Frontliner pun pakai fullset PPE, memang macam dunia lain. 

Pesakit wanita dan lelaki diasingkan di dewan masing-masing. Lebih kurang jam 10:50 malam pada hari yang sama, kami selesai mendaftar masuk.

Persoalannya, macam mana keadaan di dalam pusat kuarantin tersebut dari segi suasana? Memang rasa macam brotherhood la, siap ada brader sorang ni datang tunjuk katil aku, F45.

Setiap dewan tu boleh muat dalam 1,200 orang setiap satu masa. Memang bertapa la 4 hari. Pasti ada yang tanya kenapa bukan 10 hari, pasal dekat rumah dah 6 hari.

Kalau tak nak bosan, memang kena rajin berkawan. Kalau bersembang cepat sikit masa berlalu, boleh kongsi pengalaman. Setiap orang ada kisah hidupnya yang sendiri.

Waktu malam, pesakit akan tolong frontliner untuk agihkan makanan. Siap ada solat jemaah, bacaan yasin, main game dan macam-macam lagi.

Hari discharge saja, nurse atau frontliner akan mainkan lagu seronok sikit. Janji jangan mintak ubat, kalau mintak ubat, kena duduk lagi 2-3 hari lagi.

Ini maklumat tambahan untuk anda semua. 

  • Bawa pakaian. Jika tak bawa, kena pakai baju hospital macam orang bersalin.
  • Kelengkapan diri jangan lupa.
  • Bawa bantal sekali, mana la tahu dekat rumah korang pakai Tempur kan?
  • Makanan bawa siap-siap, nanti kebulur malam-malam.
  • Ubat kalau ada, bawa sekali. Vitamin C 1000mg digalakkan.

Sedikit perkongsian dari perspektif doktor pula

  • Sekiranya pesakit +ve covid dah selesai menjalankan kuarantin selama 10 hari, maka dia tidak akan menjangkiti orang lain apabila dia dah discharge. Sebabnya virus tersebut sudah tidak aktif dan terperangkap dalam badan si pesakit untuk tempoh beberapa bulan. Bergantung.
  • Tetapi, pesakit masih boleh dijangkiti oleh orang lain juga yang masih aktif +ve covid.
  • Jadi, ikutlah SOP, kita jaga kita. Covid batch ni lain macam sikit sebab ada yang tak menunjukkan simptom tapi +ve.
  • Amalkan cara hidup sihat, makan makanan yang seimbang. Banyak makan buah n sayur-sayuran.
  • Sentiasa amik Vitamin C. Habbatus Sauda pun elok gak amik.

Pada 18 Januari 2021, Apit telah dishkan bebas COVID-19. Pastinya ia adalah sesuatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kepada anda semua, jangan ambil mudah perkara ini dan pastikan anda patuhi segala SOP yang ditetapkan.

SUMBER

Comments

comments