Mahu Alat Membesarkan Anggota Kelamin, Diberi Kanta Pembesar

Seorang lelaki Malaysia yang membeli alat membesarkan anggota sulit secara dalam talian tergamam bila menerima produknya, iaitu satu kanta pembesar. Kanta itu diberi aturan penggunaan – ‘jangan gunakan dalam cahaya matahari’.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Ong telah mengemukakan aduan kerana membelanjakan RM 500 untuk alat membesarkan anggota sulit itu, namun hanya mendapat kanta pembesar bernilai RM 25.

Cerita mengenai mangsa penipuan itu diberikan kepada akhbar The Star kepada Biro Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong.

Seperti yang boleh anda bayangkan, beliau merasa marah.

Pembeli itu merasa malu dan tidak mahu dirinya dikenali.

Dia ialah antara yang telah tertipu dengan penipuan seperti ini. Tiga orang telah kerugian kira-kira RM 45, 000 kerana sesuatu seperti ini untuk tahun ini saja.

Penipu dalam talian, katanya, mengumpan pembeli dengan menjual produk pada harga rendah dan selalunya barang tidak akan sampai kepada pelanggan.

Advertisement

Peguam Alex Kok berkata yang pelanggan tertipu dan mahu menyaman penjenayah dalam talian akan merasakan ia sesuatu yang sukar kerana transaksi seperti itu menimbulkan keraguan.

Ia jadi lebih sukar apabila tiada bukti pembelian, seperti resit. Kami tidak tahu bagaimana atau di mana untuk saman mereka.

Laporan asal: Dailymail UK

Comments

comments