Mahu Jadi Animator, Netizen Kagum Lihat Lukisan Ala-Ala Gawx Art Kanak-Kanak Berusia 11 Tahun Ini

lukisan gawx art

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ini mencuri tumpuan netizen dengan bakat melukis yang luar biasa ditonjolkan olehnya. Walaupun baru berusia 11 tahun, Amir Addeen Abduh mampu menghasilkan lukisan yang cukup kreatif sejak berusia 9 tahun.

Amir menjadikan Gawx Art sebagai inspirasinya untuk melukis dan sering menonton video di YouTube bagi meningkatkan skillnya. Difahamkan, kanak-kanak ini mula menunjukkan minat melukis ketika berusia 9 tahun dan mula serius jadikan ia sebagai hobi ketika berusia 10 tahun.

lukisan gawx art

lukisan gawx art

Advertisement

Dia juga mendapatkan sokongan sepenuhnya daripada kedua ibu bapanya dalam meneruskan hobinya itu kepada sesuatu yang lebih seirus. Malah, Amir turut memasang cita-cita mahu bergelar sebagai animator apabila dewasa nanti.

Perkongsian di Twitter ini membuatkan rata-rata netizen turut kagum melihat bakat yang ditunjukkan pada usia muda ini. Kebanyakannya tidak lupa memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada Amir bagi meneruskan cita-citanya ini.



Dengan bakat dan gaya tersendiri dalam lukisannya ini, tidak mustahil jika Amir mampu mengorak langkah ke peringkat antarabangsa apabila dewasa kelak. Selamat maju jaya diucapkan dan semoga berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang animator pada masa hadapan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments