Mahu Kekal ‘Zero Cases’, Mayat Pesakit COVID-19 Di Wuhan Dibawa Secara Senyap Ke Hospital?

wuhan mayat pesakit covid-19

Meskipun wabak COVID-19 masih mencatatkan peningkatan di seluruh dunia, namun kerajaan China baru-baru ini mengatakan negara itu sudah berjaya mengawal penularan virus tersebut dan tidak lagi merekodkan sebarang kes baharu COVID-19.

Rata-rata rakyat China sudah menjalani kehidupan seperti biasa sehingga ada pula yang teruja untuk kembali bercuti ke luar negara.

Namun, seorang Youtuber dikenali sebagai Jennifer Zeng menerusi laman Twitternya mendedahkan sebenarnya masih wujud lagi kes virus pandemik di negara tersebut tetapi ia dirahsiakan.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan beberapa orang lengkap memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE), sambil mengusung mayat yang didakwa merupakan pesakit COVID-19. Lebih mencurigakan dan menimbulkan persoalan ramai, kegiatan itu dilakukan pada lewat malam.

Menurut Jennifer, kes berkenaan berlaku di Wuhan dan dirahsiakan atas sebab politik, tidak mahu didedahkan kepada umum kerana ingin kekalkan ‘zero cases’ di China.

Video tersebut kini sudah mencapai lebih 17, 000 ‘retweet’ dan rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan itu. Mereka meluahkan rasa bengang atas tindakan negara itu yang memberikan maklumt palsu kepada World Health Organization (WHO).

wuhan mayat pesakit covid-19 wuhan mayat pesakit covid-19

Sejauh mana kebenaran disebalik pendedahan ini tidaklah kami ketahui. Namun, agak pelik juga mengapa seakan ingin menyembunyikan sesuatu? 

Apa-apa pun, buat kita rakyat Malaysia, sebolehnya patuhlah pada arahan kerajaan dan semoga dengan kerjasama kita semua, dapatlah memutuskan rantaian COVID-19 dengan segera.

Sumber Berita : Twitter

Comments

comments