Majikan Ini Bantu Bayarkan Pinjaman PTPTN Pekerja Sebagai Insentif Kepada Pekerja Terbaik

3505

Dalam keadaan ekonomi sekarang ada pekerja yang sering menukar pekerjaan dari satu syarikat ke syarikat lain. Ada juga trend ‘job hopping’ yang berlaku dalam kalangan pekerja. Keadaan ini sudah semestinya memberikan kerugian kepada syarikat yang kehilangan pekerja mereka.

Pastinya untuk mengekalkan pekerja terbaik dalam syarikat pelbagai usaha dilakukan oleh majikan. Taktik seorang majikan ini dalam mengekalkan pekerja terbaik syarikatnya berjaya menarik perhatian ramai.

Majikan ini membantu pekerjanya untuk membayar semula bayaran pinjaman PTPTN.

Pengarah Urusan Vector Infotech, Hii Ding Sin mengambil inisiatif ini untuk tidak kehilangan pekerja dan pelatih industri terbaik di syarikatnya. Menurutnya juga bukan mudah untuk melatih pekerja apatah lagi untuk mendapat pekerja yang terbaik.

pengarah urusan verctor infotech
Dalam melaksanakan ideanya itu, beliau kembali ke kampung halamannya di Sibu, Sarawak untuk ke Universiti Kolej Teknologi Sarawak dalam usaha mencari calon pelatih industri untuk syarikatnya.

“Sebaik sahaja mereka tamat latihan industri, mereka akan ditawarkan pekerjaan di syarikat saya. Kita tengok maklum balas dari penyelia mereka dan syarikat akan bantu membayar pinjaman PTPTN.”

ptptn
Peluang ini tidak ditawarkan kepada semua pekerja sebaliknya hanya pekerja terbaik sahaja yang akan dibantu. Setakat ini sudah tiga pekerja yang dibantu melunaskan pinjaman tersebut.

Kesemua ketua jabatan seudah dimaklumkan untuk menyelia pekerja terbaik untuk diberikan manfaat ini. Selain itu, syarikat ini juga turut mendapat pelepasan cukai dalam usaha membantu pekerjanya.

Jadi kiranya dua-dua pihak ada mendapat untung lah daripada situasi ini. Yang penting, jangan jadi kacang lupakan kulit pula lepas ni.

Sumber: Malay Mail

Comments

comments