Majlis Perkahwinan Cetus Kluster Baharu Di Sabah

majlis perkahwinan cetus kluster

Lelaki warga Indonesia dipercayai telah mencetuskan kluster baharu Covid-19 selepas terlibat dalam majlis perkahwinan anaknya di Sabah pada 6 Ogos lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Datuk Masidi Manjun selaku jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, kes indeks Kluster Sawit Baiduri yang direkodkan di Lahad Datu itu disahkan positif Covid-19 pada 11 Ogos lalu.

Bukan saja individu berkenaan, anak kepada kes indeks juga turut didapati positif. Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap 178 orang terdiri daripada ahli keluarga dan kontak rapat.

Advertisement

Seramai 77 kes positif termasuk 43 kes baharu manakala 101 individu yang lain didapati negatif untuk saringan pertama. 

Siasatan awal mendapati terdapat majlis perkahwinan diadakan pada 6 Ogos 2021 yang disyaki menjadi punca penularan wabak.

Walau bagaimanapun, semua individu yang didapati positif dalam kluster ini sudah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan.

Cetus kemarahan warganet kerana mengadakan majlis perkahwinan ketika PKP

Dalam pada itu, situasi ini nyata menimbulkan kemarahan warganet apabila ada pihak yang cuba untuk mengadakan majlis sosial ketika pandemik.

kluster majlis perkahwinan di sabah
Sumber : Facebook Harian Metro
kluster masjlis perkahwinan di sabah
Sumber : Facebook Harian Metro
kluster majlis perkahwinan di sabah
Sumber : Facebook Harian Metro

Tindakan mengadakan aktiviti sosial ketika PKP sememangnya tidak wajar dilakukan kerana ianya berpotensi menjadi sebab penularan wabak berbahaya ini.

Jika perkara seperti ini masih lagi dilakukan oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab, agak-agak bila wabak berbahaya ini boleh berakhir?

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERHarian Metro

Comments