Majlis Sosial Dibenarkan Termasuklah Majlis Perkahwinan Dan Pertunangan

Berikutan pengumuman yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan memutuskan untuk membenarkan majlis sosial diadakan di kawasan PKP dan PKPB.

Hal ini termasuk dengan majlis rasmi atau tidak rasmi yang dianjurkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan.

“Majlis perkahwinan, resepsi, pertunangan, akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan majlis sosial lain juga dibenarkan”

Pasangan yang bukan beragam Islam juga boleh mengadakan majlis-majlis tersebut. Walaubagaimanapun, jumlah kehadiran individu perlulah 50 peratus daripada keluasan premis.

Advertisement

Kebenaran itu juga diberikan kepada mana-mana kumpulan yang ingin mengadakan seminar, mesyuarat bersemuka, persidangan, bengkel, kursus, latihan, pameran perdagangan dan acara mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE)

Berhubung dengan arahan yang dikeluarkan, had kehadiran bagi kawasan PKPB ialah 50 peratus daripada keluasan tempat manakala kawasan PKPP mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal.

Sumber

Comments

comments