“Mak Minta Maaf Dekat Semua Anak-Anak Mak”, Nukilan Terakhir Seorang Ibu Hidap Kanser Tahap 4 Undang Sebak

‘Kasih ibu membawa ke syurga’ merupakan perumpamaan yang tepat untuk wanita bergelar ibu yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak yang dilahirkan membesar menjadi insan yang berjaya.

Begitu juga dengan seorang ibu yang menghidap kanser tahap 4 ini. Baru-baru ini Nurul Shafina Mazani atau lebih dikenali sebagai Piena yang merupakan seorang pengguna Facebook telah membuat posting mengenai ibunya sejak bulan Mei tahun lalu.

“Nukilan terakhir mak tulis dalam buku sebelum mata mak keduanya bengkak dan tertutup sepenuhnya. Mak dah tak boleh berkata-kata.”

Advertisement

Selepas daripada posting tersebut pada 4 March baru-baru ini Piena sekali lagi memuat naik beberapa keping gambar yang merupakan nota terakhir yang ditulis oleh ibunya. Nota tersebut sangat mengharukan dan telah mengundang sebak netizen.

Nukilan terakhir mak tulis dalam buku sebelum mata mak keduanya bengkak dan tertutup sepenuhnya. Mata tak Nampak mungkin hari last mak menulis. Emak nak pesan anak-anak mak duduk elok-elok jangan bergaduh.

“Lidah pun dah keras. Mak ada salah dan silap mak minta maaf semua anak-anak mak.”

“Jaga Akmal elok-elok kesian dia masih kecil lagi. Mak tak boleh jaga dia.”

“Semua anak-anak mak maafkan apa pun kesalahan.”

“Mak kata mak dah halal semua air susu yang anak-anak minum.”

“Bertolak ansur sama-sama adik-beradik.”

“Aina mak orang yang pertama nak ucapkan selamat pangantin baru buat Fina.”

Posting tersebut telah mendapat perhatian ramai, dan ramai juga yang telah mendoakan kesihatan ibu beliau.

Berita mengejutkan yang baru diterima hari ini, beberapa minit yang lepas anaknya Nurul Shafina telah memuat naik berita pemergian ibunya itu.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Comments

comments