“Makcik Tu Style”- Ramai Puji Model Ini Menggayakan Baju Keluaran IKEA Malaysia

Kebanyakan orang menjadikan IKEA sebagai tempat untuk mencari dan membeli kelengkapan rumah. IKEA bukan sahaja terkenal dengan barang keluarannya, malah cafe serta restorannya juga menjadi tumpuan orang ramai kalau singgah di tempat tersebut.

Terbaru, IKEA Malaysia telah mengeluarkan satu produk limited edition seperti t-shirt, hoodies dan beg untuk penggemarnya. Orang ramai boleh mendapatkannya sementara stok masih ada.

Namun, apa yang menarik perhatian warganet ialah model-model yang menggayakan baju-baju keluaran IKEA. Menerusi posting Instagram IKEA Malaysia baru-baru ini, produk terbaharu mereka itu digayakan oleh pelbagai bangsa dan lapisan umur.

Advertisement

Pada kebiasaannya, hoodies selalu digayakan oleh anak muda tapi IKEA Malaysia mengambil model yang lebih berusia untuk menggayakan dan mempromosikannya. Style lah! Orang berumur pun boleh pakai.

Bukan itu sahaja, koleksi kanak-kanak juga bakal dikeluarkan pada April nanti. Jadi, korang boleh lah beli baju dan aksesori daripada IKEA untuk satu family. Mesti lawa!

Korang kalau nak beli cepat-cepat, takut stok cepat habis.

Sumber

Comments

comments