Malaysia Merupakan Negara Ke-7 Paling Bahaya Memandu Dalam Dunia

Kita pecah rekod dunia gais! Tapi kali ini bukanlah perkara yang membanggakan, tetapi patut dirisaukan. Malaysia tersenarai dalam
ranking 10 bagi negara yang paling berbahaya untuk memandu.

Menerusi laporan Pandu Laju, ranking yang dibuat oleh badan bebas iaitu Zutobi menunjukkan yang negara kita sekarang ini berada di tempat ketujuh dalam dunia gais. Apa pandangan korang?

Ranking ini diambil kira dari pelbagai aspek seperti jumlah kematian atas jalan raya, peratusan pemandu yang memakai tali keledar, had konsestrasi alkohol had yang dibenarkan kepada pemandu dan had laju maksimum.

Advertisement

Terkejut tak? Rasanya semua pun setuju dengan perkara ini sebab hampir setiap hari ada je kes kemalangan, betul tak?

Kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati di atas jalan, tapi disebabkan orang lain kita pula yang jadi mangsa. Diharapkan kita semua sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan yang paling penting memandulah dengan berhati-hati dan berhemah.

Sumber

Comments

comments