Malaysia Sedia Hantar Bantuan Ketenteraan Ke Palestin Jika Diperlukan PBB

Malaysia hantar bantuan ke Palestin

Malaysia bersedia untuk menghantar bantuan ketenteraan ke Palestin sekiranya diperlukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pasukan pengaman.

Pun begitu, ujar Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, negara tidak boleh menghantar bantuan ketenteraan secara bersendirian kerana tertakluk kepada undang-undang antarabangsa.

“Kalau PBB minta negara-negara seperti Malaysia untuk menghantar tentera di bawah Panji-Panji PBB sebagai pengaman, Insya-Allah”

Tambah menteri ini, ia mesti ditentukan oleh PBB, ini kerana Malaysia tidak boleh membuat keputusan selain dibawah jemputan PBB. Itu adalah peraturan yang sepatutnya.

Kenyataan itu telah disampaikan pada sidang media selepas menghadiri sesi taklimat kesiagaan perkhidmatan kesihatan ATM dalam membantu negara menghadapi wabak Covid-19 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini, hari ini.

Untuk rekod, sebelum ini ATM sentiasa menghantar menghantar pasukan pengaman di bawah panji PBB ke luar negara seperti Lubnan, Filipina, Sudan dan Congo.

Mengenai persediaan negara menghadapi serangan siber dari Israel, Affendi berkata pihaknya akan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan siber ATM. Ini susulan rentetan pelancaran penggodaman yang dilaksanakan oleh beberapa kumpulan dari Malaysia.

“Kita memantau setiap masa sejak dua minggu lalu dan meningkatkan tahap keselamatan siber”

Pihak ATM juga telah membuat kesediaan dengan melihat jika ada elemen serangan siber yang masuk ke atas keupayaan siber pertahanan.

Advertisement

Katanya, pemantauan dilakukan oleh Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM (CDOC) serta Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP).

Sama-samalah kita doakan yang terbaik ya. Allahuakhbar!

SUMBER

Comments

comments

SOURCEMetro