Malaysia Tersenarai Negara Ke-25 Paling Seksi Di Dunia

Tahukah anda Malaysia telah dinobatkan sebagai negara ke-25 paling seksi di dunia. Pasti anda semua tertanya mengapa Malaysia dinobatkan sebaga negara paling seksi?

Ini kerana bintang terkenal seperti Tan Sri Michelle Yeoh, Pelakon Henry Golding dan model terkenal Amber Chia dan Datuk Jimmy Choo yang meletakkan Malaysia dalam senarai ini di peta dunia.




Tahniah, kerana telah menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Menurut Big 7 Media, 1.5 juta orang di seluruh dunia ditinjau bagi mendapatkan gambaran lokasi asal personaliti orang paling cantik.

Advertisement

Tinjauaan yang dilakukan meletakkan Malaysia di kedudukan ke-25, jauh meninggalkan Amerika Syarikat di tangga ke-45, Jerman 44, Sweden 38, Thailand 36, Rusia 33, China 31, dan Iran 26.

Ia menyatakan bahawa responden yang dikaji selidik ini tidak pasti mempunyai istilah seksi.

Keputusan menyaksikan Ukrain berada di kedudukan teratas diikuti Denmark dan Filipina di tangga ketiga.

Menurut tinjauan itu, personaliti dan penampilan yang menonjol orang Ukrain membolehkan mereka menduduki tangga pertama.

Menurut laman web itu lagi, Irish merupakan negara yang paling tidak seksi.

 Berikut merupakan senarai 10 teratas negara paling seksi.

1) Ukrain
2) Denmark
3) Filipina
4) Brazil
5) Australia
6) Afrika Selatan
7) Itali
8) Armenia
9) Britain
10) Kanada

Filipina mendapat tempat ketiga kerana peninju terkenal mereka Manny Pacquiao, penyanyi dan juga Bruno Mars, dan kebanyakkan Miss World berasal dari Filipina membuatkan mereka berada di tempat teratas.


Tahniah Filipina kerana mendapat tempat ketiga.

 

Sumber: The Star

Comments