Mangsa Buli Siber Gantung Diri Selepas Dikecam Muat Naik Video Tik Tok Bersama Rakan Sekerja

mangsa siber buli

Buli siber atau ‘cyber bullying’ adalah sesuatu yang patut dipandang serius oleh pengguna media sosial kini. Mungkin ada yang tidak sedar bagaimana tindakan mereka di media sosial boleh memberikan kesan yang mendalam kepada mereka yang menjadi mangsa.

Seorang gadis berusia 20 tahun menamatkan riwayatnya selepas menerima kecaman teruk di media sosial. Dia yang menjadi mangsa buli siber ini dikecam kerana video Tik Tok yang dirakamkan bersama rakan sekerjanya.

Terima kecaman

mangsa siber buli

Di dalam satu nota yang ditinggalkan memberitahu, dia menamatkan riwayat hidupnya selepas diserang kerana “berdating” dengan seorang lelaki Bangladesh yang bekerja dengannya sebagai juruwang di sebuah kedai 7-Eleven.

Menurut keluarganya, tanggapan “berdating” itu datang daripada video Tik Tok yang menunjukkan dia bersama rakan pekerja asing, yang cuba melakonkan satu adegan dalam sebuah lagu berbahasa Hindi. Video itu dirakamkan ketika kedua-duanya kelihatan duduk di belakang kaunter juruwang.

Video yang dirakamkan oleh rakan kerjanya itu kemudian dimuatnaik semula oleh pengguna Facebook Joker Oruvan dengan catatan dalam Bahasa Tamil. Dia turut memuatnaik kapsyen berbunyi “Bagaimana gadis ini jatuh cinta dengan seorang Bangla… semua orang tentu merestui anda.”

Pak cik mangsa berkata perkongsian itu mempunyai lebih 300 komen yang menyerang anak saudaranya itu.  Kebanyakannya mencemuh anak saudaranya kerana “berdating” dengan warga asing namun catatan itu dipadamkan kemudian.

Tinggalkan nota sebelum bunuh diri

mangsa siber buli

Oleh kerana perkongsian itu masih belum dipadamkan ketika laporan polis dibuat pada 19 Mei lalu, mereka telah meminta pengendali laman itu untuk memadamnya. Tetapi pengendali laman tersebut meminta mereka membuat satu video permohonan maaf terlebih dahulu.

“Pengendali itu meminta kami membuat rakaman video ‘mohon maaf’ jika mahu video itu diturunkan. Kami tidak tahu kenapa perlu minta maaf. Mereka biadab ketika kami minta mereka padam catatan itu.”

Dia memberitahu anak saudaranya masuk ke dalam bilik pada jam 8 malam namun tidak menjawab panggilan telefon apabila dihubungi. Abangnya kemudian memecahkan pintu bilik mangsa dan mendapati mangsa menggantung diri dengan dupatta (selendang) di lehernya pada 9.30 malam.

Gadis itu sempat meninggalkan nota yang ditulisnya sebelum menggantungkan dirinya yang tertulis, “Sebab saya mengambil keputusan ini kerana Joker Oruvan memuat naik video saya ke Facebook dan merosakkan nama saya dan keluarga saya.”

Sathyaseelan berkata, anak saudaranya itu sudah bertunang dengan teman lelakinya selama 3 tahun dan mereka merancang berkahwin pada Disember ini. Lebih menyedihkan, anak saudaranya itu akan genap berusia 21 tahun pada Julai ini.

“Kami mahukan keadilan. Dia hanya berusia 20 tahun. Mereka yang memuat naik catatan itu untuk mempersendakannya perlu dipenjarakan. Disebabkan serangan mereka, dia mengambil nyawanya sendiri.”

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments