Keluarga Kongsi Tanda-Tanda Akhir Mangsa Lemas Sebelum Meninggal Dunia

1568
mangsa mati lemas

Pada hujung minggu lalu, sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering bercuti dan berkelah di kawasan Pantai Pandak untuk meraikan peperiksaan semester hampir tamat. Namun segalanya bertukar menjadi tragedi apabila 2 daripada 15 daripada mereka ditemui mati lemas.

Dua mangsa yang terkorban iaitu Mohd Nor Hishamudin Nor Saidi, 21, dan Tengku Mohd Afiq Tengku Muhazan Shah, 20, ditemui mati lemas selepas dikatakan dibawa arus kuat yang datang secara tiba-tiba. Pada mulanya hanya jenazah milik Hishamudin yang ditemui oleh pihak berkuasa dan kemudian jenazah Tengku Mohd Afiq ditemui keesokannya.

Arwah seorang pendiam

Mangsa, Tengku Mohd Afiq merupakan seorang yang pendiam dan jarang mandi di pantai. Ibu mangsa memberitahu perkara tersebut berdasarkan pengalaman mereka sekeluarga apabila bercuti dan berkelah di kawasan pantai, namun tidak menyangka beliau mandi manda bersama rakan-rakannya pada hari kejadian.

Afiq ni seorang yang pendiam dan bukan jenis yang suka keluar rumah. Sebelum ini Afiq kalau nak pergi ke mana-mana dia akan beritahu saya, tapi kali ini dia tidak memaklumkan apa-apa.

Bapa mangsa memberitahu ada menghubungi mangsa untuk bertanyakan sama ada anaknya itu akan pulang atau tidak pada cuti semester ini. Kali terakhir mangsa pulang ke rumah adalah dua minggu yang lepas semasa cuti semester.

Ketika beliau tiba di kampung baru-baru ini,  dia membawa balik barangan peribadi termasuk mandian kerana sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian.

Mayat seorang lagi mangsa, Hishamudin ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak satu kilometer dari lokasi kejadian. Di dalam kejadian ini, lima orang rakan mangsa juga lemas tetapi tiga daripada mereka berjaya menyelamatkan diri lebih awal dan naik semula ke darat.

Ombak besar

pelajar mati lemas
Sumber

Manakala seorang lagi rakan mangsa memberitahu tidak menyangka ombak besar datang dengan tiba-tiba memandangkan sebelum kejadian keadaan arus pantai dilihat tenang.

Saya pun hampir kena tarik (ombak) juga, saya selamatkan diri saya dahulu, lepas itu mula-mula saya nampak dua orang sahaja (dibawa arus), rupa-rupanya ada seorang lagi. Lepas itu ada seorang lagi pula kena tarik dan dia dapat menyelamatkan diri. Suasana memang kelam-kabut jadi kami selamatkan diri masing-masing dahulu.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, Mohd Nor Hishamudin Nor Saidi, 21, dan Tengku Mohd Afiq dikatakan dibawa arus kuat yang datang secara tiba-tiba. Mayat Mohd Nor Hishamudin ditemukan jam 9.50 malam oleh pasukan bomba kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Sumber

Comments

comments