Mark Zuckerberg Kerugian Hampir RM12 Bilion Setelah Buat Keputusan Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’

24

Tindakan drastik pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang menukar operasi suapan berita ‘News Feed’ di rangkaian media sosial terbesar dunia itu telah menyebabkan beliau menanggung kerugian sebanyak RM11.53 bilion (AS$3.3 bilion).

Beliau yang juga selaku ketua pengarah eksekutif bertindak demikian untuk mengurangkan sebarang spam dan iklan di ‘News Feed’ sehingga menyebabkan saham Facebook Inc jatuh lebih 4 peratus.

Jumaat lalu, saham syarikat itu didagangkan pada AS$179.37 yang menurun sebanyak 4.4 peratus berbanding AS$187.77 sehari sebelumnya.

Menurut Zuckerberg lagi, beliau lebih mengutamakan perkongsian daripada rakan dan keluarga terlebih dahulu di samping mengurangkan kandungan bukan iklan.

Akibat dari kerugian itu juga, beliau hilang kedudukan sebagai individu keempat terkaya dunia mengatasi pengasas syarikat Zara, Amancio Ortega.

“Kami membina Facebook untuk membantu orang ramai berhubung dan membawa kami lebih rapat bersama orang yang penting kepada kami.

“Tetapi baru-baru ini kami mendapat maklumbalas bahawa kandungan umum – posting dari perniagaan, jenama dan media – semakin menyemakkan momen peribadi yang membawa kita saling menghubungkan antara satu sama lain,” katanya.

Zuckerberg mula mengasaskan Facebook bermula dari umur 19 tahun dan memiliki 17 peratus saham dalam syarikat berkenaan.

Sumber :  Daily Mai

Comments

comments