‘Marlboro Man’ Meninggal Dunia, Tak Pernah Merokok Seumur Hidup

1351

Siapa sahaja yang tak pernah kenal dengan model iklan jenama rokok terkenal Marlboro, Robert Norris atau dikenali dengan gelaran ‘Marlboro Man’.

‘Marlboro Man’ pertama meninggal dunia pada usia 90 tahun dan yang paling menarik tentang beliau adalah dia bukanlah seorang perokok, menurut The New York Times.

Kebencian Norris terhadap rokok telah menjadikan dia seorang yang unik di kalangan lelaki Marlboro. Untuk rekod, sekurang-kurangnya lima lelaki yang pernah muncul di dalam iklan Marlboro telah meninggal dunia disebabkan rokok.

tak pernah merokok

Norris membuat kemunculan pertama pada tahun 1954-an dan membintangi ratusan iklan rokok berkenaan di AS dan Eropah sebelum ia diharamkan di kaca televisyen pada tahun 70-an.

Terkenal dengan imej topi koboi, Norris bagaimanapun tidak pernah merokok sepanjang hayatnya.

Marboro man

Lebih menarik, Norris memutuskan untuk menamatkan kontrak lumayan sebagai lelaki Marlboro kerana menyedari tabiat merokok amat berbahaya kepada kesihatan manusia.

Beliau turut menasihati empat anaknya supaya menjauhi tabiat buruk berkenaan.

 

Comments

comments