Masak Di Rumah Atau Makan Di Luar Jadi Pilihan Hati Anda Ya?

938

Zaman sekarang ramai diantara kita semua memilih untuk makan di luar berbanding masak sendiri di rumah kerana tidak cukup masa dan penat berkerja satu hari.

Selain itu, kehadiran gerai dan restoran di setiap ceruk malah ada yang beroperasi 24 jam menjadi antara faktor lain yang membuatkan fungsi dapur di rumah semakin kecil.

Tidak keterlaluan jika dikatakan ada dapur yang hanya berasap pada hujung minggu sahaja.

dapur berasap hujung minggu sahaja

Makan di luar atau masak sendiri?

Makan di luar atau masak di rumah pasti mempunyai kelebihannya tersendiri. Ada diantara kita yang gemar memasak dan adakalanya ada juga suka makan di luar.

Tetapi memasak makanan daripada air tangan sendiri merupakan cara terbaik bagi memastikan apa yang anda makan bersih dan berkhasiat serta dapat memuaskan citarasa sendiri.

Ini tidak bermaksud anda tidak boleh menikmati makanan dari luar, bergantung kepada diri sendiri, kerana anda semua berhak membuat pilihan.

Pasti anda semua sudah mula berfikir, yang mana lebih bagus ini? Keliru sangat nak makan di luar atau masak di rumah selepas ini?

Dan persoalan-persoalan lain yang mula timbul terutamanya kos anda memasak atau membeli makanan di luar yang lebih menjimatkan? Dan kelebihan dan kekurangannya yang perlu diketahui oleh semua.

mak cik bawa plastik beli barang

Mari kita mulakan dengan pilihan makanan. Setiap hari kita akan makan menu yang berlainan. Jika anda menikmati makanan yang sama setiap hari jemu jugalah.

Pelbagai pilihan

Makan di luar

Membeli makanan di luar atau makan di luar sama ada gerai atau restoran sememangnya memudahkan kerana anda mempunyai banyak pilihan tanpa bersusah payah untuk memikirkan menu apa untuk dimasak jika sedang mengidam.

banyak pilihan lauk di kedai

Antara pilihan makanan yang senang untuk didapati di kedai ialah roti canai, nasi goreng, chicken chop, KFC, nasi beriani, mee goreng dan bihun tomyam.

chicken chop
mee goreng

Bukan itu sahaja, kerana terdapat pelbagai pilihan makan yang dijual, sampai pening kepala dibuatnya untuk kita mencari lokasi tempat makan pada hari itu.

Sekarang, untuk memudahkan anda membeli makanan tanpa perlu keluar ke lokasi tersebut, ada diantara kita yang akan memesan makanan dari luar sahaja jika malas menerusi pelbagai aplikasi iaitu Grabfood, Foodpanda dan Dahmakan.

pesan makanan dari aplikasi mudah alih

Masak di rumah

Bagi anda yang akan masak di rumah, pertama sekali sebelum nak masak anda perlu tahu resipi apa yang ingin dimasak pada hari itu. Selepas itu, adakah bahan-bahan itu sudah tersedia di rumah.

siapkan hidangan sebelum masak

Jika belum, anda perlu pergi ke kedai untuk membeli barangan memasak terlebih dahulu dan perlu menganggarkan penyediaan bahan mentah mengikut jumlah orang yang akan menikmati sesebuah hidangan. Jika tidak pandai menganggar, makanan yang dimasak pasti tidak cukup.

Jadi, jika anda ingin memasak di rumah, tetapkan menu apa yang akan dimasak pada hari itu. Antara menu yang paling senang untuk disediakan, mungkin sup daging, nasi beriani, atau lamb chop.

menu mudah dimasak

Paling-paling malas masakan paling senang di masak dan cepat semestinya mee segera. Semasa tengah malas-malas itu, makan mee segera pun dan cukup sedap dan enak dinikmati.

Mee segera masakan malas

Nak masak ini tak susah, cuma pilihan terletak di tangan kita dan juga tahap kerajinan diri seseorang.

Kelazatan

Makan di luar

Makanan di luar ini tidak semuanya menepati selera seseorang. Mereka semua berniaga untuk mencari rezeki tetapi kualiti makanannya macam biasa sahaja. Tidak sama langsung dengan citarasa yang diinginkan.

kelazatan makanan tidak sama

Contohnya, anda memesan tom yam kerana nak menikmati pedas dan masam-masam. Apabila sampai, dari segi kualiti kelihatan menyelerakan tetapi apabila menghirup kuahnya, terasa manis pula dan rasanya tidak sama seperti yang diinginkan.

Masak di rumah

Jika kita memilih untuk memasak di rumah pula, apabila masakan kita kurang masin, kita masih boleh menambah garam sendiri dan jika nak masakan itu pedas mengikut selera kita semua, tambahlah cili sebanyak yang mungkin.

Ini kerana, masakan kita sendiri ikut suka kitalah untuk menambah perasa mengikut citarasa yang diinginkan.

Kekemasan

Makan di luar

lelaki makan di luar kerana senang

Ramai orang memilih untuk makan di luar kerana malas nak bersihkan dapur dan mencuci pinggan selepas waktu makan.

Jika anda menikmati juadah di restoran, tiada apa yang perlu dilakukan selain membuat bayaran di kaunter. Dimana, anda tidak perlu susahkan diri untuk berasa penat membasuh pinggan dan bersihkan segala kotoran selepas makan.

Masak di rumah

sediakan bahan maskaan

Sekarang ini ramai diantara kita yang sibuk berkerja, jika hendak memasak ia agak memenatkan sedikit kerana anda perlu melakukan penyediaan sebelum memasak dan selepas memasak.

Selepas itu anda juga perlu bersihkan meja makan, kemaskan tempat makan semula, basuh pinggan, mangkuk dan segala peralatan memasak. Agak mencabar jugalah jika anda memasak di rumah sebenarnya.

tidak payah basuh pinggan

tak payah cuci kuali

Lokasi

Makan di luar

Kita tidak tahu tahap kebersihan ketika penyediaan dan bahan yang digunakan dalam masakan.

kebersihan makanan tidak terjamin
Penyediaan makanan tidak bersih

Selain itu, keracunan makanan adalah antara masalah yang paling kerap berlaku di seluruh dunia kerana penyediaan makanan tidak dilakukan dalam keadaan yang bersih.

Senario mengambil jalan mudah dengan membeli makanan atau makan di gerai mahupun restoran ini perlu dielakkan dan tidak dijadikan kebiasaan demi kebaikan anda seisi keluarga.

Masak di rumah

Penyediaan makanan paling bersih dan paling baik semestinya masakan di rumah kerana ianya dijamin bersih dan sedap.

Rumah sendiri adalah tempat terbaik untuk menikmati juadah, lebih-lebih lagi jika bersama ahli keluarga. Sambil makan itu, boleh layan drama kegemaran, borak-borak dengan keluarga tanpa gangguan.

Makan bersama-sama di rumah juga akan lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan.

makan sambil borak-borak

Apa yang paling seronok, anda boleh makan ikut cara anda kerana rumah sendiri kan!
makan ikut cara anda

Harga

Makan di luar

satu set nasi ayam RM15.90

Biasanya kos makan di luar amat tinggi terutamanya bagi mereka makan sekeluarga. Bayangkan jika anda sekeluarga beli nasi ayam satu set RM15.90 dengan seketul ayam, semangkuk nasi dan sayur-sayuran yang sedikit.

Cuba anda bayakan jika anda makan satu keluarga, berapalah harganya? kerana tidak termasuk dengan harga minuman lagi.

Ini belum termasuk, ahli keluarga yang memesan makanan yang berbeza pasti kosnya lebih tinggi.

dimsum yang ditempah

Makan di rumah

Anda semua pasti tahu masak di rumah sebenarnya lebih jimat dari beli di luar. Contohnya, anda memasak nasi ayam, berat ayam 500g bersamaan RM7.50, 500g bawang RM0.50, sayur-sayur dalam RM1 sahaja.

Secara puratanya, jika anda memasak nasi ayam di rumah kos bahan asas yang digunakan cuma RM7.

beli ayam

Ianya sangat menjimatkan duit anda berbanding membeli di kedai. Namun, jika anda memasak di rumah, tenaga dan masa yang digunakan untuk membeli barang keperluan memasak adalah kos tersembunyi yang tidak dikira.

bawang RM0.50

Apa yang boleh disimpulkan di sini, makan di luar atau di rumah mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Tepuk dada tanya selera. Jika anda sudah bosan makan di luar, sesekali luangkan masa untuk memasak di rumah.

pilihan makanan di luar

Tetapi, adakalanya jika anda sudah sangat lapar, terus sahaja ke restoran mengisi perut yang kosong.

Apa yang penting jangan seksa diri anda dan biarkan kelaparan. Makanlah ketika lapar dimana-mana sahaja mengikut kesesuaiaan masa anda.

pilihan nak makan dekat mana-mana

Comments

comments