Masjid Dan Surau Seluruh Pulau Pinang Terima Sumbangan RM1.25 Juta Daripada Kerajaan Negeri

masjid

Berita gembira buat umat Islam di Pulau Pinang apabila kerajaan negeri memberi sumbangan bernilai RM 1.25 juta kepada semua masjid dan surau untuk kegunaan sepanjang tahun 2021.

Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menjelaskan, RM1 juta disumbangkan kepada enam buah masjid utama manakala baki RM251,000 diagihkan kepada 242 masjid dan surau di seluruh negeri untuk Program Ehya’ Ramadhan.

Tambahnya, Masjid Negeri Pulau Pinang akan menerima RM510,000 diikuti Masjid Abdullah Fahim di Kepala Batas sebanyak RM130,000 manakala empat masjid menerima RM90,000 di daerah Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

masjid

Advertisement

“Peruntukan Program Pengimarahan Masjid akan digunakan segala aktiviti dan program masjid. Sekiranya masih tidak mencukupi, pihak masjid disaran menggunakan dana kutipan dari peruntukan masjid bagi meneruskan segala aktiviti sepanjang tahun dengan pengisian program serta aktiviti dirancang”. 

Selain itu, beliau juga meminta agar masjid di negeri itu menjalankan Program Pemerkasaan Kariah Masjid dan Program Bantuan Rezeki dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membantu keluarga yang terputus bekalan makanan harian dan juga program sanitasi Covid-19 di dewan solat utama.

SUMBER

Comments

comments