Masjid & Surau Di Wilayah Persekutuan Disaran Baca Qunut Nazilah Ketika Solat Jumaat Hari Ini

Semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan disaran membaca Qunut Nazilah ketika solat fardu Jumaat, hari ini.

Menurut Mohd Ajib Ismail selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, ia bertujuan memohon kepada Allah SWT agar penduduk Wilayah Persekutuan dan Malaysia dihindari daripada wabak COVID-19.

“Para imam juga digalakkan berqunut nazilah ketika solat subuh setiap hari di masjid dan surau masing-masing,”

Semalam, pihak Jabatan Agama Islm Wilayah Persekutuan (Jawi) turut menyarankan bermula 7 Oktober 2020 semua masjid dan surau Jumaat dan surau seluruh Wilayah Persekutusan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat selepas solat Maghrib selama tiga hari berturut-turut.

Advertisement

Sumber: Bernama

Comments

comments