Masyarakat Miskin Di Filipina Tersepit Di Antara Arahan ‘Kejam’ Pemimpin Dan Cabaran Meneruskan Hidup

filipina covid-19

Keputusan pemimpin Filipina memilih untuk menembak mati mereka yang melanggar perintah ‘lockdown’ mengejutkan ramai pihak sebelum ini. Tindakan kejam yang dipilih itu telah menyebabkan ribuan masyarakat terutamanya penduduk dari golongan miskin hidup dalam ketakutan dan kesusahan untuk mendapatkan bantuan.

Baca: Presiden Filipina Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’

Kini sudah masuk tiga minggu perintah ‘lockdown’ dilaksanakan di Filipina. Tiga minggu itu juga bermaksud segala tapak pembinaan turut ditutup menyebabkan ribuan pekerja dari golongan miskin kehilangan pendapatan mereka. Seorang wanita warga Filipina, Bernadeth Caboboy cuma mempunyai kira-kira $4 di dalam poketnya bersama anak kecilnya berusia 3 tahun.

Perintah ‘lockdown’ yang diumumkan telah membuatkan suaminya yang merupakan pekerja di tapak pembinaan menerima tamparan besar dalam meneruskan kehidupan. Kawasan kejiranan di San Roque, Quezon City yang didiami juga tidak menerima sebarang bantuan makanan ataupun perubatan.

Advertisement

Ditahan pihak berkuasa

filipina lockdown

Nasib malang menimpa suami Bernadeth Caboboy apabila dia ditahan oleh pihak berkuasa semasa dia keluar untuk meminta gaji daripada majikannya. Semasa di dalam perjalanan berjumpa majikannya itu, dia terserempak dengan beberapa kumpulan yang sedang menunggu bantuan makanan selepas mendengar khabar angin mengenainya.

Tidak semena-mena, dia bersama 20 lagi penduduk yang lain ditahan atas kesalahan melanggar perintah ‘lockdown’ yang dikeluarkan. Rakaman keganasan yang berlaku antara pihak polis dan penduduk yang ditangkap kemudian tular di media sosial. Masyarakat Filipina yang prihatin tentang hal itu kemudian mengumpulkan $7,350 untuk mengikat jamin mereka (San Roque 21).

Pakar turut mengkritik pendekatan pemerintah Filipina yang sangat berat kepada rakyat terutamanya dalam keadaan darurat kesihatan. Selain itu, kritikan turut diberikan dengan tindakan yang tidak mengambil kira golongan masyarakat miskin yang terdesak mendapatkan bantuan di dalam situasi seperti ini.

Malah, Kristina Conti dari Kesatuan Kebangsaan Peguam-Peguam Rakyat (NUPL) dan peguam yang membantu proses ikat jamin San Roque 21 itu, menilai keadaan di dalam tahanan polis yang tidak mengikuti arahan ‘social distancing’ dikeluarkan.

Walaupun mereka berada dalam tahanan polis, tidak ada jarak sosial. Tiada kemudahan atau bekalan kebersihan yang betul. Tidakkah penangkapan mereka mengalahkan tujuan menghentikan penyebaran virus?

Pendekatan tidak sesuai

lockdown filipina

Berdasarkan data daripada pihak polis, sebanyak 42,826 individu telah ditahan dalam masa 11 hari perintah ‘lockdown’ dijalankan. Jurucakap Philippine National Police (PNP) mengesahkan tangkapan yang dibuat adalah kerana melanggar polisi kuarantin seperti perhimpunan beramai-ramai, tiada ‘social distancing’ dan melanggar had waktu dibenarkan.

Pihak berkuasa memberitahu pada mulanya mereka tidak mahu terlalu bertindak keras pada orang ramai kerana masalah kekurangan fasiliti penjara tetapi kini mereka tidak lagi mampu bertolak ansur. Pada 13 April lalu, Filipina merekodkan 4,932 kes jangkitan COVID-19 dengan 315 kematian.

Beribu rakyat Filipina di hospital sedang menunggu keputusan ujian dan menunggu untuk melakukan ujian saringan. Terdapat beberapa kes keputusan ujian diterima selepas pesakit telah pun meninggal dunia menambahkan jumlah kepada kes tidak dilaporkan.

Ada yang kehilangan tempat tinggal – dianggarkan 4.5 juta orang Filipina yang mungkin juga bekerja di dalam sektor ‘grey economy‘. Hampir 70 peratus daripada penduduk gelandangan di Metro Manila meneruskan hidup dengan mengemis atau mengumpul dan menjual semula bahan plastik dan logam.

lockdown filipina

Flavie Villaneuva, paderi yang menguruskan penempatan untuk gelandangan sejak bertahun lamanya kini mengalami kesukaran di dalam tempoh ‘lockdown’. Pihak berkuasa telah memaklumkan penempatan gelandangan itu telah melanggar polisi kuarantin yang cuba dilaksanakan. Sebuah kafe di Quezon City yang menjadi penempatan untuk gelandangan juga terpaksa ditutup oleh penduduk setempat.

COVID-19 dengan jelas mengingatkan kita tentang nasib komuniti yang dibuang ke tempat yang tiada tempat tinggal. Apa inisiatif kerajaan untuk kita?

Villanueva, yang bersama-sama pengurusan beberapa gereja dan sekolah Katolik telah membantu menyediakan penempatan untuk lebih 430 gelandangan. Pada minggu lalu, gelandangan berusia 66 tahun ditemui mati di jalanan tidak jauh dari kota Manila. Menurut Villanueva, itu baru satu kematian tetapi banyak yang akan menyusul jika keadaan kebajikan gelandangan masih lagi dinafikan haknya.

Artikel berkaitan: Warga Emas Berusia 64 Tahun Ingkar Perintah ‘Lockdown’ Menjadi Rakyat Filipina Pertama Ditembak Mati

Sumber

Comments

comments