Mat Komando: Lagenda Penjenayah Malaysia

Nama sebenar Mat Komando, Ahmad Mohd Arshad, 37 tahun dan dia dilaporkan mula terbabit merompak antara mangsanya, pemborong kelapa sawit, pengurup wang dan bank komersil di Malaysia bermula pada tahun 2001.

Gengnya digelar ‘Kumpulan 13’ dan polis mengambil masa 255 hari mejalankan Ops Api Sawit 2 sebelum berjaya menembak mati penjenayah terbabit di pondok di bawah pada subuh 12 September 2002 di Kampung Hujung Keton, Alor Star, Kedah.

Geng Kumpulan 13 terbabit dalam 52 kes samun membabitkan kerugian wang tunai lebih RM5.2 juta, 2 kes mencuri motosikal dan kes cubaan membunuh.

Polis berjaya menangkap 9 daripada ahli kumpulan sama manakala 4 lagi mati ditembak termasuk ketua mereka, Mat Komando.

Advertisement

Bekas anggota komando itu dikatakan memiliki ilmu selisih, berupaya memboloskan diri tanpa disedari pihak berkuasa dan pada masa sama dia juga didakwa kebal.

Selepas ditembak mati, polis menemui wang tunai RM50, sekotak rokok Marlboro ditubuhnya dan pistol.

Comments