Mata Gadis Hampir Buta Terkena Jangkitan Parasit Dari Kanta Lekap

90

Kanta lekap kelihatan tidak berbahaya, tetapi ia sebenarnya boleh membawa kesan serius. Itu ialah apa yang dipelajari oleh oleh seorang remaja 18 tahun, Jessica Greaney. Dia hampir buta minggu lepas apabila sejenis parasit memasuki dan makan kornea matanya disebabkan memakai kanta lekap yang tercemar.

eye-infection-550x732

Apabila Jessica mula menyedari kelopak matanya jatuh sebelah, dia menyangka ia hanya jangkitan biasa. Gadis itu pergi ke hospital dan menggunakan ubat mata selama seminggu, bagaimanapun simptomnya tidak berkurangan. Malah, semakin teruk.

Cukup seminggu, mata saya bengkak dan kelihatan seperti bola golf merah yang besar. Ia sangat sakit dan saya dimasukkan ke hospital.

Kali ini doktor menguji satu lapisan matanya untuk mengenal pasti masalah sebenar dan keputusannya memeranjatkan semua pihak. Sejenis parasit bernama Acanthamoeba Keratitis didapati hidup dalam mata Jessica.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

“Kian” oleh Mawi semasa Mlm Kesenian Islam selepas Solat Terawih tadi sempena [email protected] Selain Mawi, Rabbani, Debu dan Ustaz Zul Ramli turut memberikan tazkirah semasa moreh#iftarkl #mysenibudaya #jkkn

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 21 June 2015

eye-infection21Untuk membunuh parasit itu dan mengelakkannya dari memasuki bola mata, Jessica terpaksa menjalani satu rawatan yang menyebabkannya tidak boleh tidur selama seminggu. Jururawat melawat Jessica setiap sepuluh minit bagi menitiskan ubat ke matanya.

Saya tidak dibenarkan tidur dengan betul selama seminggu.

Selepas hari keempat, saya rasa hampir gila dan menangis setiap lima minit, tetapi tiada perubahan. Parasit itu masih makan mata saya dan lebih teruk, sistem imun saya mula lemah kerana saya kurang tidur.

Bagaimanapun, dia beruntung kerana rawatan itu berkesan. Dia dibenarkan keluar hospital dengan syarat matanya dititis hampir 21 kali setiap hari sehingga bengkak surut.

eye-infection3

Acantamoeba biasanya ditemui dalam tanah, air tawar dan air laut–hidup segar di tempat yang banyak bakteria. Untuk kes Jessica, parasit itu masuk ke dalam matanya setelah dia meletakkan kanta lekapnya berhampiran sinki, dan terpercik dengan air paip. Risiko paling besar bagi kejadian ini berlaku ialah jika pengguna kanta lekap basuh kanta mereka dengan air paip. Tambah Jessica:

Apa yang jelas, air mengandungi berbagai jenis bakteria dan Acanthamoeba ialah hanya salah satu darinya. Jika walau setitik air terkena pada kanta lekap, masalah boleh timbul.

Comments

comments