Mayat Lelaki Yang Dah Reput Dijumpai Dalam Longkang

Mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemukan dalam longkang di tepi Jalan Broga, Semenyih malam tadi. Apa kes pula ni?

Menurut laporan Harian Metro, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat dari orang awam yang menemui mayat tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisiomer Mohd Zaid Hassan berkata mayat yang dikenali sebagai N Suresh yang berusia 43 tahun ini berasal dari Batu 9, Cheras ditemukan dalam longkang berhampiran kawasan perumahan.

Mayat berpakaian lengkap iaitu baju-T serta seluar jeans gelap. Polis turut menemui dompet dan telefon bimbit dipercayai milik lelaki itu.

Pemeriksaan forensik di kawasan itu juga tidak menemukan sebarang senjata dan mangsa berkemungkinan terjatuh ke dalam longkang dan meninggal dunia seminggu lepas.

Advertisement

Mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk hubungi Ketua Balai Polis Semenyih Inspektor Sahar Buraera di talian 03-87275222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sumber

Comments