McDonald’s Perkenal Sea Salt McFlurry, Mula Dijual Hari Ini

Kelainan demi kelainan acap kali disajikan McDonald’s dalam setiap menunya.

Jika sebelum ini pihaknya pernah tampil membawakan perisa-perisa baharu untuk aiskrim McFlurry seperti Durian D24 McFlurry, Nestum McFlurry dan Cempedak McFlurry, namun perisa kali ini seakan menarik perhatian warganet.

McDonald’s Malaysia difahamkan baru sahaja memperkenalkan Sea Salt McFlurry yang semestinya memberi keunikan rasa untuk aiskrim McFlurry edisi kali ini.

Advertisement

Hal ini demikian kerana, jelas kelihatan aiskrim vanila yang disaluti taburan sprinkles biru ungu berkilau itu sudah pasti mampu menarik selera anda untuk mendapatkannya secara segera.

Selain tampak cantik dipandang, gabungan rasa aiskrim vanilla yang manis bersama garam laut yang masin itu juga khabarnya merupakan kombinasi yang ideal dan mampu memberi sentuhan enak buat deria rasa anda.

Untuk rekod, Sea Salt McFlurry ini dijual dengan harga RM7.08 sahaja. Buat penggemar aiskrim, anda kini boleh membelinya di semua cawangan McDonald’s seluruh Malaysia, malah pembelian secara online menerusi aplikasi McDelivery juga amat digalakkan berikutan penularan wabak COVID-19 yang kian menjadi-jadi kini.

Comments

comments