Media China Letak Angka Kematian #Coronavirus 24,589 Sebelum Ubah Kepada 304, Menyemarakkan Konspirasi

24744

Satu gergasi media China telah menyemarakkan teori konspirasi setelah memuat naik jumlah kematian akibat coronavirus sebagai lebih dari 24,589–sebelum mengubahnya kepada 304.

Tencent, syarikat teknologi multinasional yang telah membangunkan aplikasi WeChat dilaporkan telah menyenaraikan angka untuk coronavirus pada Sabtu menunjukkan 154,023 telah dijangkiti.

Laman sesawang Tencent yang bertajuk ‘Pengesan Situasi Epidemik’ kemudiannya dikemaskini dengan segera untuk menunjukkan angka rasmi iaitu 14,446 telah dijangkiti dan 304 orang meninggal dunia pada masa itu.

Sehingga kini, angka kematian telah meningkat kepada 724 dengan 34,568 kes disahkan.

Salinan menunjukkan angka dari laman sesawang tersebut yang telah diubah, telah dikongsikan secara meluas dalam talian, menyemarakkan khabar angin.

Tencent masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.

Ini adalah susulan spekulasi bahawa Parti Komunis di Beijing mungkin sengaja menyembunyikan kerosakan sebenar yang disebabkan oleh virus maut tersebut.

Satu lagi angka yang salah ialah mereka menyatakan 79,808 kes disyaki, iaitu empat kali ganda dari angka rasmi.

Pingcong, satu forum China yang memfokus kepada topik yang ditapis, memberi komen mengenai angka Tencent:

Tak tahu sama ada angka ini benar, tetapi memang pasti bahawa angka sebenar lebih besar (dari yang dilaporkan secara rasmi).

Kerana ramai penderita coronavirus di Wuhan telah menghantar rayuan meminta bantuan melalui WeChat, menuduh hospital-hospital engan menerima mereka untuk rawatan setelah mereka dijangkiti.

Oleh itu, kematian-kematian akibat perkara ini tidak diambil kira dalam statistik epidemik. Ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa serius keadaan sekarang.

Bagaimanapun, beberapa komen di bawah bebenang di Pingcong juga menyatakan kemungkinan salinan skrin yang tular itu telah disunting secara digital.

Juga terdapat laporan dari rumah pembakaran mayat di Wuhan–pusat gempa virus itu–bahawa jumlah mayat yang dihantar kepada mereka tidak selari dengan angka kematian rasmi.

Sementara itu, staf hospital telah membocorkan video yang menunjukkan mayat diletakkan merata-rata di koridor wad di Wuhan.

Kerajaan China ‘mendiamkan’ para doktor di Wuhan yang bercakap mengenai coronavirus semasa minggu-minggu pertama epidemik yang membawa maut itu dikesan.

Selepas kes pertama jangkitan virus itu dilaporkan pada awal Disember, ia mengambil masa tujuh minggu untuk pihak berkuasa untuk menutup bandar Wuhan yang menempatkan 11 juta penduduk.

Amnesty International telah mengkritik penapisan maklumat yang ketara, penahanan dan sekatan-sekatan lain yang dibuat oleh pihak berkuasa China sebagai kaedah untuk mengawal maklumat yang tersebar mengenai wabak itu. – amazingnara.com via The Sun UK. 

Comments

comments