Memang Luar Nampak Usang, Tetapi Bila Masuk Rumah Ini…

2856

Kerana terlalu obses dengan warna merah jambu, seorang wanita di dalam Facebook telah mentransformasi rumah pusaka moyangnya yang usang kepada rumah yang yang lebih cantik dengan menggunakan tema Hello Kitty.

Menurut DeejayMida Pinky di Facebook Deco Rumah Ku Syurgaku, ini sudah tahun ketiga beliau menetap di rumah pusaka ini.

Maaf rumah saya bukan banglo jauh sekali bertingkat dan mewah. Tetapi, syukur bila diberi kepercayaan untuk jaga rumah ini.

DeejayMida sangat suka warna merah jambu dan juga Hello Kitty. Jadi rumahnya dari luar kelihatan seperti lama, tetapi apabila anda semua menjejakkan kaki ke dalam rumah ini, tak sangka hiasan dalam rumah mengejutkan semua.

DeejayMida Pinky kiri sekali bersama keluarga tercinta pada hari raya tahun 2019.

Jadi rumah yang dulu begitu usang saya cuba perbaiki sedikit demi sedikit dan inilah hasilnya yang termampu saya buat.

Bukan itu sahaja, pada masa hadapan rumah ini akan dinaiktaraf lagi. Admin lihat, DeejayMida sangat kreatif dan rajin menghias rumah dan menjadikan rumah yang usang kembali ceria.

Mari kita lihat rumah DeejayMida Pinky yang sangat ‘Pinky’ ini.

Ruang tamu

Bilik tidur



Ruang dapur




Teruskan menghias rumah. Comel sangat rumah ini dengan tema Hello Kitty, teringat zaman kita semua pernah menjadi kanak-kanak.

Apa pendapat anda? cantik tak rumah kalau warna merah jambu semua?

Comments

comments