“Memang Seram Weh!”, Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Melawat Muzium Penjara

4909

Kebanyakan kita pasti tidak tahu bagaimana keadaan dan suasana di dalam penjara. Kalau tonton daripada video atau mungkin drama tidak cukup menggambarkan suasana sebenar di sana.

Untuk yang mencari kelainan dalam tempat-tempat menarik untuk dilawati, @nietzrid berkongsikan di laman Twitter pengalaman melawat muzium penjara di Bandar Hilir.

Bukan sahaja anda dapat melihat sendiri peralatan yang digunakan di dalam penjara tapi juga dapat merasai sendiri pengalaman duduk di dalam sel penjara. Memang akan meremang bulu roma!

tiket muzium penjara
muzium penjara
Tiket berharga RM3 dikenakan untuk bayaran masuk untuk seorang. Untuk pengetahuan anda, sebelum tempat ini dijadikan muzium ianya memang penjara yang sebenar. Jadi faham-faham sendiri lah seram dia macam mana.

kelengkapan penjara
penjara
Sel di dalam penjara digabungkan sekali dengan ‘bilik air’. Jadi segala urusan tandas dilakukan di dalam besen kecil tersebut. Kelengkapan penjara digunakan oleh banduan seperti pakaian, cawan, selipar juga dipamerkan.

Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya tempat hukuman gantung, sel bilik banduan akhir, hasil kraf tangan, sejarah penjara, pakaian penjara, tempat banduan mandi, dan klinik.

“Yang bilik gantung tu ada dua tingkat rupanya eh. Atas untuk gantung dan bawah ada tempat mandikan terus dengan keranda siap-siap.”

Beliau juga kongsikan selama sejam berada di sana memang rasa serba tidak kena. Bukan saja sunyi tapi suasananya juga menyeramkan.

Selain itu, ramai yang turut berkongsikan pengalaman mereka ketika berada di muzium penjara. Ada yang berkongsi pihak muzium ada menganjurkan Program Pocket Show, ‘Cerita Disebalik Tirai Besi’ iaitu simulasi kehidupan harian di dalam penjara.

Bagus juga sekali sekala pergi tempat macam ni. Boleh datangkan keinsafan dan ajar kita untuk sentiasa bersyukur dengan kehidupan.

Sumber: Twitter

Comments

comments