Menangis Selepas Pelanggan ‘Cancel Order’ 60 Bungkus Nasi, Ini Tindakan Mulia Yang Dilakukan Pemuda Itu

Seorang pemuda ini kelihatan menangis sambil memasak dan perkara tersebut dirakam kekasihnya. Apa sebenarnya yang jadi? Sebenarnya, pemuda itu sedang menyediakan 60 nasi bungkus yang telah dipesan pelanggan.

 

@heppy08darimana dia cari pinjaman untuk mengganti DP yg udah kau kasih itu pembeli yg terhormat?tega kau menyuruh di kembalikan,#viral #tiktokmedan#medanhit? original sound – Afniputrie

Elok jer nasi dan lauk tu dah nak siap, boleh pula pelanggan yang buat pesanan tu tiba-tiba cancel order. Bayangkan kalau korang ada dekat tempat lelaki ni, mesti sedih gila kan.

Advertisement

Menurusi tiktok @heppy08, lelaki itu sebenarnya berhutang dengan orang lain untuk jadikan modal menyediakan pesanan yang ditempah pelanggan. Tapi kalau pelanggan tu dah cancel pesanan yang dibuat, macam mana lelaki tu nak bayar hutang yang dipinjamnya tu, betul tak?

Bayangkan kalau kalian berada dalam situasi dia, betapa sedihnya nasi bungkus yang sudah dipesan sebanyak 60 bungkus, tiba-tiba di ‘cancel’.

Padahal dia bertungkus-lumus meminjam duit ke sana ke mari sebagai modal, kerana deposit yang diberi tidak cukup. Tiba-tiba pembeli ‘cancel’ pula.

 

@heppy08trimakasih untuk teman2 yg udah suport dia ??#fyp #medantalk #medanhits #suport? original sound – Afniputrie

Disebabkan itu, ramai rakan-rakan yang berikan kata-kata semangat sehingga buatkan lelaki tu bangkit dari kesedihan. Korang nak tahu apa yang lelaki tu buat? Dia buat keputusan untuk sedekahkan semua bungkusan nasi tu kepada orang ramai.

Bersedekahlah meski kita dalam keadaan kekurangan kerana masih ramai insan lain di bawah kita yang memerlukan – Ayat yang sering diungkapkan lelaki itu

Mulia betul hati lelaki ni. Wanita tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang beri kata-kata semangat dan buatkan kekasihnya telah bangkit dari kesedihan.

Comments