[Menarik] Beg Pakaian Untuk Mereka Yang Malas Nak Tarik Beg (Video)

Suit Case

Kepada yang gemar berjalan-jalan di dalam mahupun di luar negara, beg pakaian (suit case) adalah merupakan benda yang tidak poleh dipisahkan lagi.

Anda ada masalah dengan menarik beg pakaian anda di dalam lapangan kapal terbang?? Mungkin video di bawah ini adalah merupakan penyelesaian masalah anda. Jom tengok apa bendanya tu….

Advertisement

Beg pakaian yang diberi nama “Modobag” ini adalah merupakan beg pakaian pertama di dunia yang diperkuasakan dengan motor elektrik. Anda tidak perlu lagi untuk menarik beg anda yang berat ketika berada di dalam kawasan lapangan terbang.

Modobag” ini dapat bergerak dengan kelajuan 13 kilometer ini dapat bergerak sejauh 10 kilometer setelah dicas penuh. Beg yang mempunyai pemegang ini dapat dinaiki seperti sebuah basikal mahupun motosikal ini akan memudahkah perjalan di dalam lapangan kapal terbang kerana kelajuannya adalah 3 kali ganda laju berbanding dengan mereka yang berjalan.

Masalah utama bagi beg yang bersaiz kompak ini adalah keberatannya. Berat beg yang tidak diisi dengan pakaian ini sahaja sudah mencecah 8.5 kilogram. Biasalah ni, bila ada yang baik, mesti la ada yang buruknya kan…..

Beg ini juga dikuasakan dengan GPS dan terminal USB bagi memudahkan penggunanya untuk mengetahui lokasi kedudukan dan mengecas bateri telefon dan sebagainya.

P/S: Mungkin satu hari nanti akan ada sukan ekstrim yang menggunakan beg ini…

Comments

comments