Menempah Perjalanan Mungkin Akan Mengambil Masa Lebih Lama – Grab Malaysia

1832

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, semua pemandu e-hailing perlu mempunyai lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bermula 12 Julai 2019 ini. Oleh kerana undang-undang baru yang ditetapkan ini, berkemungkinan Grab akan mengalami masalah kekurangan pemandu kerana tidak semua pemandu bersedia untuk mengambil ujian tersebut.

Berikutan dari masalah itu, Grab memberitahu waktu menunggu bagi mendapatkan pemandu mungkin menjadi lama sehingga dua kali ganda waktu biasa kerana masalah kurang pemandu.

Grab juga mencadangkan supaya pengguna membuat tempahan awal sekiranya perlu jika ada temujanji penting atau ada penerbangan yang perlu dikejar.

Waktu puncak dari (7am – 9am) dan (5pm – 8pm) adalah waktu paling sukar untuk dapatkan pemandu tetapi selepas waktu puncak mungkin akan menjadi lebih senang tetapi masa menunggu tetap menjadi panjang dari biasa.

Grab kini berkerjasama dengan Kementerian Pengangkutan Jalan Raya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom dalam memastikan kesemua pemandu Grab dapat mematuhi peraturan dan undang-undang ini secepat mungkin.

“Kami berharap situasi ini hanyalah untuk sementara dan kami akan sentiasa memaklumkan perkembangan terkini. Pengguna mungkin akan mengalami kesukaran pada fasa awal ini tapi perubahan ini adalah untuk memastikan kualiti perkhidmatan e-hailing untuk jangka masa lama.”

Sebelum ini Grab melancarkan kempen Pakej Pikul Bersama dalam usaha untuk membantu semua pemandu mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang diwajibkan sebelum 12 Julai ini.

Kredit: soyacincau.com

Pada 8 Julai lalu, ramai pemandu Grab yang berkumpul di pejabat Grab di Petaling Jaya untuk menyelesaikan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dengan Pakej Pikul Bersama yang ditawarkan oleh Grab.

Comments

comments