Mengapa ‘Mesin Gedegang’, Mesin Parkir Selalu Tolak Duit RM1 Terlipat?

9057

Pernahkan anda membeli minuman di ‘mesin gedegang’ tetapi apabila memasukkan duit seringgit duit ditolak berkali-kali walaupun telah menukar duit lain untuk membeli air. Pada waktu itu, sudahlah anda tengah haus, dan duit buat masalah untuk beli air.

Bukan itu sahaja, perkara ini turut berlaku di mesin layan diri seperti pembayaran parker dan juga makanan ringan.

Ramai diantara kita berfikir kemungkinan kerana duit itu terlipat, dan duit lama atau kelihatan buruklah. Tetapi kenyataannya berbeza dengan tanggapan kita semua selama ini.

Menurut bekas pengatur cara komputer, Nurfitriainii yang telah berkongsikan punca sebenar masalah itu berlaku yang kita semua tidak terfikir.


Aini berkata, ini berlaku disebabkan tandatangan yang berbeza di atas wang kertas tersebut.

Rata-rata mesin ini tidak menerima RM1 kerana ia mempunyai tanda tangan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baru iaitu Datuk Muhammad Ibrahim. Dimana mesin ini hanya menerima RM1 yang ditanda tangani oleh bekas gabenor kita iaitu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Aini berkata, setiap mesin layan diri telah diprogramkan untuk menerima wang dengan ciri-ciri yang spesifik misalnya cetakan wang kertas, alur dan berat syiling.

Oleh itu, wang yang tidak menepati ciri-ciri yang telah diprogramkan akan ditolak oleh mesin tersebut. Dalam hal ini, wang dicetak bermula 29 September 2016 dengan tanda tangan gabenor baru mungkin ditolak kerana berlaku perubahan pada cetakan berbanding duit lama yang telah diprogramkan oleh pembangun sistem mesin tersebut.

Mulai hari ini anda tidak perlu risau lagi duit anda tidak laku dan palsu selepas mengetahui kisah yang dikongsikan oleh Aini.

Sumber: Twitter

Comments

comments