“Mengarut” – Masak Pelitup Muka Kesan Cacing Halus, Ini Penjelasan Doktor Perubatan

Jangan masak mask

Baru-baru ini, tular di media sosial kononnya terdapat cacing halus pada pelitup muka sehingga mendorong seorang pengguna Facebook untuk memasak pelitup muka itu sebelum menggunakannya.

Nyatanya, tindakan pengguna Facebook itu mendapat maklum balas yang pelbagai sehingga menimbulkan beberapa faham salah.

Facebook

Isu tersebut turut mendapat perhatian Doktor Perubatan, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman yang tampil memberikan pandangan menerusi Facebooknya.

Advertisement

Dr Arisman menegaskan bahawa pelitup muka tiga lapisan itu tidak perlu dibasuh sama sekali.

“Jangan sesekali basuh atau masak (rebus) pelitup muka jenis tiga lapisan itu”

“Apabila pelitup muka itu sudah basah, ia akan mengganggu penapisan kuman atau zarah di lapisannya sehingga menyebabkan kesukaran bernafas apabila seseorang memakainya”

Pada masa sama menurut pakar itu, sudah ada kajian menunjukkan kecekapan penapisan atau filtration efficiency menjadi rendah iaitu di bawah 95 peratus.

“Pelitup muka yang dibeli itu hanyalah untuk sekali guna sahaja (single use).Nak pakai untuk sehari boleh, bukan sampai dua atau tiga hari tau!”

Walaupun ada sesetengah orang yang kurang berkemampuan sehingga terpaksa membasuh pelitup muka untuk menghilangkan kotoran. Namun, ia bukanlah cara terbaik.

“Tindakan itu bukan sahaja tidak pemberi pelindungan kepada si pemakai, malah akan lebih memudaratkan”

Oleh itu, saranan Dr Arisman, kaedah lainnya, orang ramai boleh membeli pelitup muka jenis kain agar ia dapat dicuci dan dipakai semula.

Mengulas dakwaan cacing terdapat pada pelitup muka pula, Dr Arisman berkata, sejak 13 tahun dalam dunia perubatan, beliau belum pernah beliau menemui kes sebegitu.

Pendek kata, ia sangat mengarut.

Sebelum mengakhiri perkongsian, beliau turut menambah bahawa tidak perlu menyembur alkohol pada pelitup muka kerana itu sangat bahaya.

Sama-samalah kita ambil pengetahuan mengenai isu ini ya, lakukanlah sesuatu dengan ilmu supaya tidak mempengaruhi orang lain dengan perkara yang tidak sahih.

SUMBER

Comments

comments