Menteri Besar Johor Osman Sapian Sah Letak Jawatan

672

Spekulasi dan desas-desus mengenai peletakkan jawatan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad petang tadi mengesahkan Osman sudah meletakkan jawatannya berkuat kuasa semalam.

Surat peletakkan jawatan telah diserahkan kepada Tun Dr Mahathir pada Isnin dalam satu pertemuan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Menteri Besar Johor sudah meletak jawatan semalam, dengan surat diserahkan kepada saya dan surat itu juga akan dihantar kepada Sultan Johor.

Kita belum menentukan siapakah penggantinya tetapi mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan (PH), Menteri Besar Johor hendaklah terdiri daripada wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Buat sementara waktu, Johor tidak ada Menteri Besar. Kita (mungkin) akan lantik pemangku.

Dalam satu kenyataan lain, Tunku  Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah lama membuat keputusan untuk menukar Menteri Besar Johor sejak beberapa bulan lalu.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai alasan yang diberikan oleh Osman berhubung peletakkan jawatan itu. Osman merupakan menteri besar paling singkat mentadbir kerajaan negeri dalam tempoh tidak sampai 11 bulan.

Sumber Berita : BH ONLINE & Twitter TMJ

Kredit Video : YouTube Astro Awani

Comments

comments